Muhyiddin Yang ‘Darurat’ Bukannya Negara – Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan yang benar-benar darurat ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, bukannya negara.

Bekas Menteri Pertahanan mendakwa, Muhyiddin dalam keadaan “darurat” untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

“Yang benar benar darurat ialah Tan Sri Muhyiddin,bukannya negara. Beliau dalam keadaan “darurat” untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

“Jika alasannya Covid -19,kita sudah ada undang undang sedia ada yang boleh digunakan untuk membasmi wabak ini,tanpa perlu kepada darurat,”tegas Mohamad di Twitternya, hari ini.

Muhyiddin dilaporkan sembah mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong petang tadi di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Beliau dijangka menyampaikan keputusan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi satu pengisytiharan darurat pentadbiran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat