Polis Siasat Isu Video, Mesej Lucah Didakwa Libatkan Pendakwah

- Advertisement -

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan hari ini berhubung penularan video dan mesej lucah di aplikasi Telegram yang didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal di Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan berhubung perkara itu dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Siasatan berhubung perkara itu turut dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Orang ramai turut dinasihati agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam, menggugat keharmonian negara dan menjejaskan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Abd. Jalil, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini dimohon untuk menyalurkannya kepada Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit AmanSuperintendan Junainah M.Kasbolah atau Pengawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd. Khabir Mohd. Afandi di talian 03-2266 6071,” ujar beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan tentang pendakwah bebas, Firdaus Wong mendakwa menerima kecaman daripada orang ramai selepas mendedahkan bukti daripada mangsa serangan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal baru-baru ini.

“Semalam, buat pertama kali saya mendedahkan bukti daripada seorang mangsa serangan seksual melibatkan individu yang mendakwa dirinya sebagai seorang pendakwah terkenal.

“Semua bukti yang didedahkan telah dihantar sendiri oleh mangsa berkenaan yang meminta bukti-bukti itu dikongsikan pada umum untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat,” katanya.

Ujar beliau, mangsa juga telah memintanya berkongsi semua bukti berkenaan bagi menggalakkan lebih ramai mangsa untuk tampil membuat laporan polis.

“Saya terpaksa berkongsi di saluran Telegram kerana pada pandangan saya, mesej-mesej bertulis itu mempunyai elemen lucah melampau yang mungkin menyebabkan Facebook atau Instagram saya dipadamkan apabila ada individu yang membuat laporan,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat