Pencipta Vaksin Percaya Covid-19 Akan Jadi Seperti Selsema Biasa

- Advertisement -

LONDON – Pencipta vaksin AstraZeneca, Dame Sarah Gilbert percaya bahawa Covid-19 akan bertukar menjadi lemah seperti selesema biasa dan tidak dapat ‘mengelak’ daripada keberkesanan vaksinasi, lapor akhbar The Sun semalam.

Menurut Gilbert, virus Sars-CoV-2 yang menjadi penyebab kepada wabak itu, tidak akan bermutasi menjadi varian berbahaya, sebaliknya menjadi virus korona yang wujud dalam kehidupan harian.

“Kita sudah pun hidup dengan empat virus korona manusia berbeza yang tidak terlalu dihiraukan. Saya berpendapat bahawa Sars-CoV-2 akan menjadi satu daripada virus itu.

“Cuma yang menjadi persoalan sekarang adalah berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai keadaan itu serta langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengawalnya sebelum keadaan itu mampu dicapai,” katanya.

Tambah Gilbert, Covid-19 juga tidak dapat bermutasi untuk mengelak daripada vaksin yang diberikan.

“Lonjakan dalam protein yang disasarkan oleh vaksin hanya memiliki kemampuan terbatas untuk bermutasi, namun virus masih boleh masuk ke dalam sel manusia.

“Sekiranya ia mampu mengubah protein yang melonjak sehingga tidak dapat berinteraksi dengan reseptor, barulah ia tidak dapat memasuki sel manusia,” ujarnya.

Sementara itu, Gilbert menegaskan bahawa vaksinasi adalah perkara paling penting bagi mengawal pandemik pada masa akan datang.

Menurutnya, persiapan terhadap sebarang kemungkinan pandemik pada masa hadapan adalah penting bagi memastikan wabak tidak dapat menular kepada banyak negara.

“Kita perlu mampu untuk bertindak pantas terhadap mana-mana wabak sebaik sahaja ia dikenal pasti seperti melaksanakan vaksinasi pada populasi tempatan, mengawal wabak dan menghentikannya daripada terus merebak,” jelasnya. . – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat