NADMA Lulus RM21.37 Juta Bantuan Khas Urus Kematian Akibat Covid – Mastura

- Advertisement -

CYBERJAYA – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah meluluskan RM21.37 juta peruntukan bantuan khas pengurusan kematian akibat Covid-19 setakat 21 September lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Yazid berkata, sejumlah 4,274 atau 68.4 peratus permohonan yang dikemukakan waris mangsa sudah menerima bantuan tersebut.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 12 permohonan lagi ditolak setelah didapati tidak layak menerima bantuan kerana kematian bukan disebabkan Covid-19.

Menurutnya lagi, sejumlah 1,962 baki permohonan lagi ketika ini sedang diproses dan disemak oleh NADMA meliputi usaha pengesahan, pemeriksaan status warganegara dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan semakan data kematian covid-19 oleh pemohon dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

“NADMA sentiasa menambah baik proses permohonan supaya ia dapat diluluskan dalam tempoh 30 hari bekerja menerusi akses sistem MYID JPN dan portal data kematian Covid-19 KKM.

“Terkini proses kelulusan dipercepatkan lagi dengan hanya mengambil kira dokumen dikemukakan pihak hospital yang mengesahkan kematian akibat Covid-19 dan sijil kematian daripada JPN. Dokumen lain tidak lagi relevan,” katanya, ketika sesi penggulungan usul di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut memaklumkan sehingga kini NADMA menerima 49,789 permohonan dan sejumlah 18,222 daripadanya telah diluluskan bagi bantuan khas Covid-19 bernilai RM100 sehari sekiranya dijangkiti wabak itu.

Dalam pada itu, menurutnya lagi sehingga kelmarin jumlah keseluruhan derma daripada syarikat, institusi diraja, anggota pentadbiran penjawat awam dan masyarakat untuk Tabung Covid-19 NADMA telah mencecah RM72.64 juta.

“Sebahagian daripada jumlah itu, sebanyak RM64.37 juta ialah sumbangan daripada 59 syarikat korporat yng menderma dengan jumlah melebihi RM500,000 setiap satu entiti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat