Pegawai SPRM Ditahan, Miliki Dadah dan Senjata Api – Polis

- Advertisement -

PETALING JAYA – Salah seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan telah ditahan polis Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuat tangkapan ke atas individu yang disyaki terlibat dalam kes curi barang kes bernilai AS$6 juta itu.

“Tangkapan dilakukan bagi tujuan siasatan oleh pihak PDRM berhubung kesalahan memiliki dadah berbahaya dan memiliki senjata api serta peluru.

“Sebanyak dua kertas siasatan telah dibuka berhubung dengan tangkapan ini iaitu dibawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 25 September ini untuk siasatan lanjut. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat