Pemimpin Warisan Diam Diri Enggan Ulas Dakwaan Anwar Miliki Majoriti

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Sabah yang bersekutu dengan Pakatan Harapan (PH) terus berdiam diri atas dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

FMT menghubungi beberapa pemimpin Warisan, yang memiliki 9 ahli Parlimen di Sabah dan Labuan. Bagaimnapun, beberapa panggilan tidak dijawab manakala yang lain memilih untuk tidak memberikan respons.

Antara yang enggan memberi komen adalah Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking, yang juga ahli Parlimen Penampang.

Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli berkata dia “tidak sedar semua itu”.

“Buat masa ini, saya tidak mahu komen kerana ia sesuatu yang mengejutkan dan saya belum bercakap dengan bos saya (Presiden Warisan Shafie Apdal),” katanya kepada FMT.

Sekutu Warisan, ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau, yang juga ahli Parlimen tunggal Upko, berkata dia mendengar berita itu semasa kempen di Kiulu, di mana dia berdepan 5 calon lain, termasuk Ketua Penerangan PBS Joniston Bangkuai, bagi kerusi DUN.

“Kami baru saja dengar kerana kami sibuk berkempen. Adakah ia benar?” soal beliau.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Maximus Ongkili, yang juga presiden PBS dan ahli Parlimen Kota Marudu, turut enggan mengulas perkara itu.

Ahli Parlimen Beaufort dari PPBM Azizah Dun memberitahu FMT, Anwar hanya menimbulkan gangguan untuk mempengaruhi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan memberikan undi kepada calon PKR, yang bertanding 7 kerusi.

“Dari awal lagi dia pakar dalam hal sensasi ini. Ingat, kali terakhir dia kata ada majoriti untuk bentuk kerajaan?

“Jadi, saya rasa dia hanya berusaha meraih undi. Ini hanya gangguan untuk mempengaruhi pilihan raya,” katanya memaklumkan 7 ahli Parlimen parti itu akan tetap setia kepada Perikatan Nasional.

Sebelum itu, PAS mengesahkan 18 ahli Parlimennya tidak akan menyokong Anwar manakala Gabungan Parti Sarawak turut menafikan mereka menyokong pemimpin pembangkang itu. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat