Shafie Jangan Hipokrit, Warisan Penuh Dengan ‘Katak Politik,’ Kata PBS

- Advertisement -

Cyberjaya – Parti Bersatu Sabah (PBS) membidas Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang disifatkan sebagai hipokrik.

Ketua Penerangannya, Joniston Bangkuai berkata Warisan turut dipenuhi dengan ‘katak politik’ iaitu Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking dan Naib Presiden Junz Wong yang berhijrah dari PKR dan DAP.

Beliau juga mengingatkan kerajaan pimpinan Warisan terbentuk apabila Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan beberapa wakil rakyat melompat dan menyokong Shafie selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 2018.

“Nampaknya takrif ‘katak’ bagi Shafie adalah orang yang tak menyokongnya.

“Beliau tiada mempunyai wibawa moral dan integriti politik untuk mengajar katak dan patut hentikan hipokrasi ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Shafie semalam menggesa rakyat di negeri itu untuk mengajar mereka yang melompat parti pada pilihan raya negeri akan datang.

Untuk rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah telah mengumumkan sebanyak 73 kerusi DUN akan dipertandingkan untuk pilihan raya (PRN) kali ini.

Pada PRU14 tahun 2018, sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan namun pada Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat