Samsung Tawar Kemaskini Android Selama 3 Tahun (Sebelum Ini 2 Tahun)

- Advertisement -

SAMSUNG membuat pengumuman yang mengejutkan semasa pelancaran siri Galaxy Note 20, setelah ia mengesahkan komitmen yang lebih lama untuk kemas kini telefon pintar, peranti boleh lipat dan tablet keluarannya.

Lebih khusus lagi, firma itu kini menawarkan peningkatan versi Android selama tiga tahun / generasi, dan bukannya dua. Ini terpakai untuk setiap siri Galaxy S10 dan seterusnya (termasuk S10 Lite), keluarga Galaxy Note 10 dan seterusnya (termasuk Galaxy Note 10 Lite), Galaxy A51 dan yang lebih tinggi, varian Galaxy Tab S6 dan ke atas, dan semua produk boleh lipat keluaran syarikat.

Dengan kata lain, itu bermaksud jika anda membeli telefon bimbit siri Galaxy S20 sekarang, anda boleh mendapatkan Android 13 ketika ia dilancarkan nanti (sekarang Android 10).

Maksud dari pengumuman ini, tidak dapat perlu dijelaskan – Samsung ingin kelihatan berbeza dari sebahagian besar pengeluar OEM Android, yang hanya menjanjikan kemas kini produk mereka paling lama 2 tahun, sebelum pengguna mungkin ‘dipaksa’ untuk membeli produk baru kerana tidak mahu ketinggalan dari segi teknologi.

Selain Google – pemilik Android, terdapat sangat sedikit syarikat yang melakukan kitaran kemas kini peranti masing-masing lebih dari dua tahun.

OnePlus sebagai contoh, ada satu kelebihan, dimana mereka baru-baru ini berjanji untuk menyediakan kemas kini lebih panjang bagi telefon OnePlus 5 dan OnePlus 5T keluaran mereka. Kedua-dua telefon ini akan menerima tiga peningkatan versi, bermula dengan Android 10 awal tahun ini.

Tetapi lebih kerap daripada itu, kita akan melihat banyak jenama cuba mengimbangi antara meningkatkan jualan dan memberi khidmat selepas jualan dengan memberikan dua kemas kini dan bukannya lebih dari itu.

Salah satu contoh yang sangat mengecewakan adalah Motorola, yang pada awalnya mengatakan bahawa telefon pintar Edge Plus hanya akan mendapat satu kemas kini versi Android. Syarikat itu kemudian berubah fikiran akibat tekanan media dan pengguna mulai meningkat, akhirnya menjanjikan ia akan menawarkan dua versi kemas kini.

Kenyataan bahawa syarikat itu cuba memastikan hanya satu kemas kini untuk telefon berharga $1.000 (RM 4,300), menunjukkan wujud masalah lebih luas yang dihadapi pengguna.

Terdapat beberapa sebab mengapa banyak jenama tidak sabar untuk melaksanakan janji untuk mengemas telefon keluaran mereka.

Kemas kini sistem sebetulnya tidak berlaku begitu sahaja, kerana ia sering memerlukan masa, wang, dan tenaga kerja untuk ia dibangunkan, diuji, dan digunakan.

Oleh itu, dapat difahami jika banyak syarikat kecil mungkin tidak mempunyai wang atau sumber sebanyak itu. Halangan lain dalam menjamin kemas kini yang lebih lama ini adalah terdapat pelbagai telefon dalam portfolio sesuatu syarikat.

OEM tertentu mungkin harus mengutamakan telefon tertentu kerana ia lebih popular atau lebih berkuasa dan oleh itu dapat menawarkan pengalaman yang lebih lancar kepada pengguna. Portofolio yang sentiasa diperkemas, pasti lebih bermanfaat.

Ini adalah sesuatu yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh OnePlus – sehingga baru-baru ini – dengan hanya dua siri telefon setiap tahun.

Berbeza dengan Xiaomi, antara peranti utamanya (flagship), dengan peranti lebih murah yang menggunakan jenama Redmi, Xiaomi telah mengeluarkan lebih dari 20 jenama telefon pada tahun 2020 sahaja – dan itu tidak termasuk telefon dari jenama Poco yang turut dikeluarkan syarikat berkenaan sebenarnya – atas platform perniagaan yang berlainan.

Cabaran teknikal yang berkaitan dengan pembangunan kemas kini Android adalah sebab lain mengapa pengguna tidak melihat komitmen yang lama untuk kemas kini dari pengeluar.

Ini bukan masalah besar hari ini kerana inisiatif Google seperti Project Mainline dan Project Treble telah membantu memudahkan prosesnya.

Walaupun begitu, di antara banyak kombinasi komponen, berbagai latarbelakang sistem Android, dan perubahan peringkat rendah yang dibuat oleh OEM ke atas sistem operasi produk mereka, ada banyak tugas yang perlu dilakukan jika anda tidak menggunakan Android One atau stok Android lain secara umum – Android Authority

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat