Perlis ‘Juara’ Tunggakan Gaji

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perlis muncul ‘juara’ jumlah kes tunggakan gaji yang tidak dapat diselesaikan selepas pasukan itu ‘bungkus’ dan digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi maklumat Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM), skuad Singa Utara itu ketika ini menanggung 64 kes dengan 58 daripadanya kes di FAM manakala enam lagi membabitkan kes di FIFA.

‘Tempat kedua’ menjadi milik Kuantan FA apabila mereka hanya kurang satu kes daripada Perlis dengan 63 kes di mana 58 kes sudah dibawa ke FAM sementara lima lagi kes masih tertangguh di FIFA.

Selain Perlis dan Kuantan FA, Terengganu City FC (TCFC) turut memasuki senarai apabila memiliki 54 kes, namun mereka tidak seteruk Perlis dan Kuantan FA apabila semua 54 kes itu hanya dibawa ke pengetahuan FAM.

Sementara Marcerra United pula dengan 39 kes di FAM, diikuti Hanelang FC dengan 28 kes juga di FAM.

Secara keseluruhan, sebanyak 248 kes boleh dianggap buntu dan tidak dapat diselesaikan selepas pasukan itu ditutup dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam sebelum ini menjelaskan tiada apa lagi boleh dilakukan badan induk itu.

Stuart berkata, FAM tiada boleh mengambil apa-apa tindakan kerana mereka sudah ‘hilang’ daripada radar bola sepak dan keluar daripada juridiksi bola sepak sekali gus memaksa pemain untuk mengambil tindakan sendiri menerusi mahkamah memandangkan ia sudah menjadi isu antara majikan dan pekerja.

“Selagi pasukan ini tidak bertanding dalam pertandingan anjuran FAM, semua kes termasuk yang dibawa ke FIFA dianggap ditangguhkan,” kata Stuart.

Bagaimanapun, berdasarkan rekod sejak 2017, FAM berjaya menyelesaikan 152 kes membabitkan tunggakan gaji pemain dan jurulatih dengan 124 daripadanya kes di FAM manakala baki 28 lagi adalah kes di FIFA.

Sebanyak 111 kes iaitu 94 kes di FAM dan 17 kes di FIFA berjaya diselesaikan dengan pembayaran secara penuh sementara 12 kes iaitu lapan di FAM dan empat di FIFA diselesaikan dengan sebahagian pembayaran – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat