Oleh Zihan Zari
ALOR SETAR – Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah (JTK Kedah) sedang mengesan seorang saksi bagi satu kes perbicaraan di bawah Seksyen 12, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
JTK Kedah menerusi kenyataannya berkata saksi tersebut, Chan Heng Kuang, 73, warganegara Malaysia, dan alamat terakhirnya di No. 63 Jalan Desa Seraya 9/2, Taman Desa Seraya, Tandop, 05050 Alor Setar, Kedah.
“Heng Kuang dikehendaki hadir bagi perbicaraan kes di Mahkamah Sesyen 2, Alor Setar, Kedah pada 10 Ogos 2025, hari Ahad jam 8.30 pagi, ”kata kenyataan itu pada Isnin.
Katanya lagi, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan saksi tersebut dipohon menghubungi pegawai penyiasat JTK Kedah iaitu Puan Shakina binti Hussain di talian 04-7300700/04-7317239/04-7322655. – SUARA.TV



