Olimpik Tokyo Lambang Kejayaan Sekolah Sukan

- Advertisement -

Olimpik Tokyo 2020 yang tertunda setahun akibat pandemik Covid-19, akhirnya bermula hari ini, 23 Julai hingga 8 Ogos depan. Malaysia menghantar kontijen seramai 30 orang atlet bagi menyertai 10 acara iaitu badminton, kapal layar, memanah, olahraga, basikal, golf, gimnastik, menembak, berenang dan acara terjun papan anjal.

Apa yang membanggakan ialah 18 daripada 30 atlet negara yang layak menyertai olimpik kali ini adalah produk Sekolah Sukan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mereka terbabit dalam 8 daripada 10 acara yang disertai iaitu Badminton, Basikal, Gimnastik, Olahraga, Memanah, Renang dan acara Terjun Papan Anjal.

Badminton menjadi acara teramai menampilkan Olimpian produk Sekolah Sukan. Tujuh orang alumni Sekolah Sukan dalam acara badminton ialah Lee Zii Jia (Badminton Perseorangan Lelaki), Soniah Cheah (Badminton Perseorangan Wanita), Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Lelaki (Badminton Beregu Lelaki), Chow Mei Kuan dan Lee Men Yean, (Badminton Beregu Wanita).

Selain Badminton, acara Terjun menampilkan 5 orang alumni Sekolah Sukan iaitu Pandalela Rinong, Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee, Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong.

Alumni sekolah sukan lain yang menyertai Olimpik 2020 termasuk termasuk jaguh lumba basikal negara bagi acara Keirin, Mohd Azizulhasni Awang, Ratu Gimnas Negara, Farah Ann Abdul Hadi (Gimnastik); pelompat tinggi Lee Hup Wei, pelari pecut Azreen Nabila Alias (Olahraga 100m), perenang Welson Sim dan pemanah Syaqiera binti Mashyikh.

Seperti kata Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Radzi Jidin, kejayaan mereka melayakkan diri ke Olimpik adalah inspirasi buat semua pelajar Sekolah Sukan Malaysia kini.

Ini juga adalah kejayaan pendidik dan jurulatih Sekolah Sukan yang telah berjaya memupuk dan membentuk barisan atlet negara!

Selamat berjuang wira dan wirawati negara! Semoga kejayaan milik Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat