Syed Saddiq Lancar Tabung Bayar Baki Kos Guaman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggerakkan kempen dana awam bagi membantunya membayar kos guaman dan wang ikat jamin sebanyak RM330,000.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu memuatnaik poster berkenaan di media sosialnya malam tadi dan perkara yang sama dilakukan oleh media sosial Parti Muda.

Malam tadi Syed Saddiq sekali lagi menegaskan dia tidak bersalah atas tuduhan rasuah dan meminta penyokongnya menyumbang kepada dana berkenaan.

Semalam, bekas menteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan menyalahgunakan dana Bersatu bernilai RM1.12 juta.

Bagi tuduhan pertama, Syed Saddiq dituduh menyalahgunakan wang Bersatu itu melalui cek CIMB Bank, di CIMB Bank, KL Sentral, Kuala Lumpur, pada 6 Mac tahun lalu.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan dana yang dikumpulkan Armada bernilai RM120,000 yang sepatutnya digunakan pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas kedua-dua tuduhan berkenaan.

Mahkamah membenarkan Syed Saddiq diikat jamin sebanyak RM330,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tuduhan.

Bagaimanapun hakim membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk membayar RM80,000 daripada ikat jamin itu semalam manakala bakinya dilunaskan selewat-lewatnya Selasa depan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat