Lapan Beradik Yatim Piatu Dibantu TPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nasib lapan beradik yang menjadi yatim piatu sekelip mata angkara Covid-19 terus dibela apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membaik pulih kediaman mereka di Bukit Beruntung, Rawang.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan Pertahanan ketika kunjungannya ke rumah lapan beradik itu segera mengarahkan anggota ATM supaya membaik pulih pendawaian elektrik, membaiki tandas dan sistem paip untuk keselesaan adik beradik kurang bernasib baik itu.

“Melihat dan meninjau keadaan rumah adik Nazurah Nabilah, saya terus mengarahkan anggota ATM untuk membaik pulih pendawaian elektrik, membaiki tandas dan sistem paip untuk keselesaan lapan beradik yatim piatu itu.

“Kerja-kerja membaik pulih ini bermula serta merta iaitu pada hari ini juga dengan melibatkan beberapa anggota ATM dari pelbagai kepakaran.

“Semoga dengan bantuan ini, lapan beradik yang kematian ibu bapa akibat pandemik COVID-19 dapat meneruskan hidup dalam keadaan selesa dan selamat.

“Semoga Allah menjaga kalian di dunia dan akhirat,” catat Ismail di Facebooknya pada Jumaat.

Terdahulu media melaporkan lapan beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kedua-dua ibu bapa mereka pergi buat selama-lamanya dalam tempoh tiga hari akibat wabak Covid-19.

Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, bersama tujuh adiknya yang berumur antara 18 hingga empat tahun kini tinggal di rumah saudara mereka di Bukit Beruntung, Rawang.

Bapa mereka Benyajeed Bernie, 45, meninggal dunia pada 16 Julai manakala ibu mereka, Noraini Ibrahim, 43, pula pada 18 Julai akibat Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat