Cici mahu terus berjuang

- Advertisement -

Bakat nyanyiannya mula dikesan pada usia lapan tahun. Sejak itu, Cici yang kini berusia 15 tahun terus mengorak langkah dan memberanikan diri untuk bergiat secara serius dalam bidang nyanyian.

Malah, Cici atau nama sebenarnya Feli Stacy Paimin turut membuktikan bakat dan kesungguhan dimiliki menerusi pertandingan Bintang Remaja RTM Sabah 2019 yang turut menobatkannya sebagai juara.

Tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada, Cici akhirnya dilamar komposer Shaiffulhan untuk menyanyikan lagu Ku Takkan Mengalah juga menjadi single sulung Cici.

“Penciptaan lagu ini juga secara tak langsung terhasil apabila Shaiffulhan memenangi pertandingan Carta Lagu Artis Sabah musim ke-12 dengan lagu yang dipertandingkan berjudul Keseorangan nyanyian Santiana Ramli. Selepas itu, dia ditawarkan untuk mencipta lagu ini untuk saya menerusi pertandingan itu,” katanya.

Cici yang berasal dari Kundasang, Sabah dan bersekolah di Sekolah Seni Malaysia Sabah berkata, lagu itu membawa maksud perjuangan dalam dunia hiburan tanah air yang memerlukan semangat dan kekuatan.

“Lagu ini mengisahkan erti sebuah perjuangan dalam dunia hiburan tanah air. Berbagai onak dan duri melepasi segala halangan dalam persada seni namun perjuangan seni tetap diteruskan untuk mencapai kejayaan yang gemilang.

 

CICI pertaruhkan single sulung Ku Takkan Mengalah.
CICI pertaruhkan single sulung Ku Takkan Mengalah.

 

“Judul lagu ini bersesuaian dengan usia saya sekarang yang mana perlu terus berjuang dalam bidang seni walau apa pun cabaran tetap tidak akan mengalah demi meneruskan perjuangan seni yang masih jauh,” katanya.

Selain menjadi juara pada Bintang Remaja RTM Sabah, Cici juga pernah menjadi Juara pertandingan Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2016 dan tempat kedua program Ceria MegaStar MiniStar 2019.

Apa yang menarik, lagu Ku Takkan Mengalah itu sudah berada dalam Carta Lagu Artis Sabah untuk musim ke-14 dan sudah menduduki Juara Mingguan sebanyak empat kali.

Lagu ini juga mendapat perhatian dan edaran secara digital oleh syarikat rakaman Luncai Emas kerana Shaiffulhan adalah komposer yang mempunyai perjanjian eksklusif di bawah naungan hakcipta Luncai Emas.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat