Undi angkat tangan di Parlimen lebih ‘gentleman’ berbanding SD – Zaid Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan undi angkat tangan pilih Perdana Menteri di Parlimen lebih ‘gentleman’ berbanding budaya kumpul akuan bersumpah (SD).

“Surat sumpah bolehlah digunakan tanda isteri pertama setuju (suami) kahwin seorang lagi.

“Tapi nak pilih Perdana Menteri buat secara gentleman, angkat tangan di Parlimen,” syor Zaid di Twitter pada Rabu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas pihak mana yang dimaksudkan untuk diangkat sebagai perdana menteri.

Semalam Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada UMNO mengaku beliau telah menandatangani dokumen sokongan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri.

Shahidan berkata Ahli Parlimen itu memberitahunya beliau menandatangani dokumen sokongan itu pada 7 Jun lalu di hadapan Anwar dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta seorang individu kenamaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat