Jadi sukarelawan bantu Isma Yusoof lebih positif

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Saya percaya Allah sebagai pelindung. Jaga prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka, sentiasa sanitasi tangan. Setakat ini, alhamdulillah.”

Itu kata pelakon dan pengarah, Isma Yusoof, 39, yang menjadi sukarelawan di Klinik Kesihatan Serendah, Hulu Selangor, sejak tiga minggu lalu.

Isma berkata, dia pada awalnya takut dengan keputusan dibuat, namun dia mengakui belajar banyak perkara sepanjang bertugas di situ.

“Memang pada awalnya ada perasaan takut. Sepatutnya memang kena duduk rumah sebab kes Covid-19 masih tinggi dan takut dijangkiti. Namun, bila saya datang, saya percaya Allah ada tapi saya juga masih perlukan doa orang ramai untuk teruskan perjuangan ini.

“Sudah tiga minggu di sini, apa saya belajar adalah tak menghukum. Sebelum ini, kalau bawa abang ke hospital, selalu mengadu hospital kerajaan lambat. Tapi bila saya di sini, baru saya faham kenapa semua ini lambat sebab kekurangan kakitangan dan ada beberapa sistem digunakan masih di tahap lama, jadi di sini saya menjadi faham. Selagi kita tak buat dan duduk di sini, kita takkan faham.

“Satu lagi saya belajar, setiap hari kena uruskan pesakit. Sekarang saya tolong vaksinasi pesakit kronik dan warga emas. Ia memang menginsafkan. Saya belajar untuk jaga kesihatan. Saya fikir, apa tindakan saya sekarang adalah apa akan jadi masa depan. Selain itu, saya belajar erti muhibbah. Pesakit dari pelbagai agama dan kaum, di sini semua bersatu. Semua sama, tiada perbezaan. Ini menjadi inspirasi pada saya. Kiranya macam-macam perkara saya boleh teroka di sini,” katanya.

Dalam masa sama, Isma berpesan untuk terus membantu petugas barisan hadapan dengan terus duduk di rumah.

“Saya juga belajar erti kerjasama yang mana menjadi tugas kita semua. Tak semestinya menjadi sukarelawan, tapi bantu duduk di rumah. Jaga SOP, jangan gunakan surat rentas negeri untuk tujuan lain.

“Dengan bantu petugas barisan hadapan ia dapat bantu putuskan rantaian Covid-19. Ini adalah perang. Kita semua boleh bantu jika duduk rumah,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat