Tak perlu sebut lelaki atau wanita

- Advertisement -

Los Angeles: Agensi Lembaga Gabenor Akademi Televisyen mengesahkan calon bagi kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik boleh memilih untuk digelar sebagai ‘penghibur’ berbanding menyebut jantina lelaki atau wanita menerusi Emmy Awards yang bakal berlangsung September depan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, tiada syarat wajib bagi gender untuk mencalonkan pelakon yang layak bertanding.

“Tiada penghibur dalam kategori lelaki atau wanita yang memerlukan syarat gender untuk pencalonan. Sekarang setiap calon dan pemenang bagi kategori lelaki atau wanita boleh memohon untuk pencalonan mereka digantikan dengan istilah ‘penghibur’ berbanding menyebut kategori lelaki atau wanita ,” katanya. Terdahulu penganjuran Emmy Awards 2020 menyaksikan kemenangan siri komedi Schitt’s Creek dengan sembilan anugerah, sekali gus memecah rekod untuk kemenangan terbesar oleh sebuah program komedi buat satu musim.

Watchmen turut melakar sejarah menjadi siri adaptasi komik pertama memenangi anugerah bagi kategori tersohor, Siri Terhad Terbaik.

Regina King menerima anugerah untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Terhad bagi wataknya dalam Watchmen.

Zendaya, 24, juga mencipta sejarah apabila menjadi pemenang termuda bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Drama untuk wataknya dalam Euphoria.

Agensi

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat