5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Dapatkan Pada Siri HUAWEI Watch 3

- Advertisement -

HUAWEI sebelum ini telah membuat pelancaran rasmi bagi seleksi produk keluaran mereka termasuk siri HUAWEI WATCH 3. Siri yang diperkenalkan pada kali ini berjaya menarik perhatian ramai selepas berjaya menjadi jam tangan pintar pertama yang menggunakan HarmonyOS 2.

Selain itu, HUAWEI turut menawarkan beberapa fungsi tambahan buat siri ini menepati citarasa pengguna. Berikut merupakan antara perkara menarik yang tersedia pada siri HUAWEI Watch 3.

1. Membuat panggilan lebih mudah dengan eSIM

huawei-watch-3-smart-2

Menerusi jam tangan pintar keluaran HUAWEI pada kali ini, jenama ini telah menyertakan eSIM bersama membolehkan pengguna membuat panggilan secara terus menggunakan jam tangan pintar.

Hal ini pastinya bakal memudahkan buat mereka kerap bersukan tanpa membawa telefon pintar bersama.

2. Ketahanan bateri selama 21 hari

DSC03709 (1)

Sering kali jam tangan pintar yang di pasaran hadir dengan ketahanan bateri yang singkat. Namun tidak bagi HUAWEI di mana siri Watch 3 ditawarkan dengan ketahanan bateri sehingga 21 menerusi mod ultra-long battery battery life. Penawaran fungsi reverse wireless charging membolehkan model ini dapat dicas dengan lebih mudah.

3. Fungsi semakan kesihatan pengguna

Screen Shot 2021-06-23 at 12.23.29 PM

SUMBER: HUAWEI

Penawaran ketahanan bateri yang panjang sekaligus membolehkan pengguna berpeluang menggunakan siri HUAWEI Watch 3 dalam masa yang panjang. Selain itu, siri HUAWEI Watch 3 turut dilengkapkan dengan beberapa fungsi semakan kesihatan pengguna seperti SpO2 monitoring beserta HUAWEI TruSeen™ 4.5 dalam mengesan denyutan nadi pengguna.

4. Kekal aktif dengan mod sukan yang dipertingkatkan

35524-original

SUMBER: WEARABLES

Menerusi siri HUAWEI Watch 3, anda tidak lagi mengalami masalah untuk memilih mod sukan kerana model ini telah disertakan dengan lebih 100 jenis mod sukan. Data yang dikutip sepanjang bersukan bakal turut dipamerkan kepada para pengguna seusai habis bersukan.

Penawaran Dual GPS pada model HUAWEI Watch 3 Pro turut membantu anda dalam menjejak lokasi pergerakan atau larian dengan lebih tepat sewaktu bersukan. Menarik bukan?

5. Rekaan yang lebih aesthetic

DSC03733 (1)

Rekaan siri HUAWEI Watch 3 pada kali ini turut diberi kemas kini dalam mempamerkan rekaan yang lebih aesthetic dan premium. Penyertaan skrin 3d ultra-curved, kerangka titanium pada badan jam beserta crown yang interaktif membuatkan model ini tampil unik. Tidak dilupakan juga muka jam yang pelbagai untuk dipilih para pengguna.

Siri jam tangan pertama yang menggunakan sistem operasi HarmonyOS 2 ini sedia ditawarkan secara rasmi oleh HUAWEI Malaysia pada 25 Jun ini. Sama-sama kita nantikan kemunculannya beserta harga rasmi buat pasaran Malaysia.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat