Kerana Usher, T-Pain murung empat tahun

- Advertisement -

London: Penyanyi rap, T-Pain mendedahkan pernah mengalami kemurungan selama empat tahun selepas penyanyi Usher mengkritik dia menggunakan teknologi ‘auto tune’ untuk memantapkan suara.

Penyanyi lagu Buy U a Drank (Shawty Snappin’) itu berkata, Usher pernah memberitahu kepadanya teknologi ‘auto tune’ yang digunakan dalam klip lagu bagi sebuah siri Netflix, This Is Pop memusnahkan industri muzik.

T-Pain atau nama sebenarnya Faheem Rasheed Najm berkata, komen ‘pedas’ yang dibuat Usher membuatkan dia mengalami tekanan.

“Usher adalah sahabat saya dan saya sangat menghormatinya. Namun, satu hari dia beritahu yang saya memusnahkan industri muzik. Pada mulanya saya terpinga-pinga, namun saya menjelaskan saya memang menggunakan teknologi auto-tune dalam lagu dan tidak memberitahu kepada sesiapa yang saya menggunakannya.

“Ketika Usher terus mengkritik tindakan saya itu, saya mula terfikir apa yang diperkatakannya dan tidak sedar yang saya menghadapi kemurungan selama empat tahun ini,” katanya.

Auto tune adalah perisian untuk menyedapkan suara tetapi kedengaran nada robot.

T-Pain menggunakan perisian itu sejak memulakan karier nyanyian pada 2003 dan kemudian menjadi ikutan beberapa selebriti antarabangsa.

Usher bukanlah satu-satunya penyanyi yang mengkritik penggunaan auto tune dalam muzik T-Pain.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat