DUN Negeri Sembilan Turut bersidang Ogos

- Advertisement -

SEREMBAN – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) hari ini mencadangkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan pada minggu pertama Ogos ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun melalui sidang akhbar secara dalam talian hari ini berkata, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah memberi perkenan mengenai perkara itu semalam.

“Saya telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan semalam dan baginda juga telah memberi perkenan.

“Alhamdulillah, Tuanku Muhriz telah perkenan dan kita menjangkakan pada minggu pertama bulan Ogos, boleh laksanakan mesyuarat dan perasmian sidang DUN secara bersemuka”

“Unit DUN telah diminta membuat semua tanggungjawab mereka, untuk menghantar notis dan warta bagi memastikan bahawa sidang DUN dapat dijalankan,” katanya.

Foto: UMNO Online

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat