Majoriti Ahli Parlimen BN Sepakat Sokong Pelan Pemulihan Negara, tolak undi tak percaya – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majoriti Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)  sepakat untuk terus mendukung Pelan Pemulihan Negara yang telah dibentangkan oleh kerajaan sebagai suatu usaha dalam memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak Covid-19 dalam negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selaras dengan komitmen kepada nasihat YDP Agong,  ahli-ahli Parlimen BN bersetuju agar Parlimen bersidang semula mengikut Peraturan Mesyuarat sedia ada atau mengikut apa-apa kesesuaian pindaan yang diperlukan.

“Kami amat mengharapkan sidang Parlimen ini akan dapat memberi tumpuan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Oleh yang demikian dan bagi menjunjung titah Tuanku supaya suhu politik dapat diredakan maka kami setuju untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan,” tegas beliau yang juga Menteri Kanan (Kluster Keselamatan).

Kata Ismail Sabri lagi, majoriti ahli Parlimen UMNO/BN menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang telah diadakan pada 16 Jun 2021 lalu berhubung keperluan mengadakan persidangan Parlimen secepat mungkin serta memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak Covid-19 dalam negara.

“Hal demikian Menteri serta Timbalan Menteri daripada parti UMNO/BN akan memastikan komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing terutamanya melibatkan tugas dan portfolio yang berkait secara langsung dalam mengekang penularan Covud-19, pelaksanaan vaksinasi serta pemulihan ekonomi rakyat dan negara.

“Apa yang pasti keutamaan Ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO/BN adalah demi kelangsungan hidup rakyat dengan fokus kepada keselamatan dan kesejahteraan di samping masa hadapan negara Malaysia,” jelas Ismail Sabri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat