Geng 25 cuba jatuhkan Zahid? – A. Kadir Jasin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Geng 25 (G25) Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) didakwa menjana satu gerakan menumbangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” kata tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin.

Hal ini katanya merujuk kepada tindakan mereka “kalau tujuan G25 bukan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan bukan juga untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin atau mengemukakan calon alternatif, maka gerakan mereka adalah ditujukan semata-mata kepada Zahid”.

“Bala Zahid bertimpa-timpa, apabila berita beliau hilang kepercayaan 25 daripada 41 Ahli Parlimen BN menambahkan lagi bala yang menimpa Presiden UMNO itu.

“Dalam perkembangan terbaru, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata, 25 orang Ahli Parlimen BN itu tidak yakin lagi dengan ketelusan Zahid sebagai wakil mereka untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

” Ini adalah kerana mereka kecewa dengan tindakan Zahid mengemukakan surat sokongan Ahli Parlimen UMNO kepada Anwar sebagai Perdana Menteri sewaktu menghadap Yang di-Pertuan Agong pada September lalu.

” Menurut Nazri, 25 orang Ahli Parlimen itu telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) memberi mandat kepada seorang pemimpin UMNO lain untuk mewakili mereka menghadap Yang di-Pertuan Agong. Soalnya apa pendirian mereka dan siapa calon mereka – Anwar, Muhyiddin atau mereka ada “orang ketiga”? Soal A. Kadir dalam hantaran di Facebooknya, pada Rabu.

Menurut beliau, jika sahih kenyataan Nazri itu maka semakin berpecah-belahlah UMNO.

Ujar beliau, perpecahan di kalangan Ahli Parlimennya menjadi semakin teruk dan berlapis-lapis. Kalau dulu ada kluster Menteri, kluster mahkamah dan kluster bebas, sekarang muncul pula kluster yang hilang keyakinan terhadap Presiden.

” Dengan perkembangan terbaru ini, semakin sukarlah bagi Zahid menyelamatkan diri dan mengekalkan kebergunaannya dalam peraturan politik nasional.

” Ke manakah dia hendak membawa diri kalau sebahagian besar UMNO sendiri menolaknya? Dia tidak berapa berguna lagi kepada Anwar yang mahu menjadi Perdana Menteri dan kepada Muhyiddin yang mahu kekal Perdana Menteri.

” Pada masa yang sama, banyak juga Ahli Dewan Rakyat yang tidak mahu Anwar naik menjadi Perdana Menteri tetapi mahu Muhyiddin dinyahkan daripada kerusi Perdana Menteri.

” Jadi siapakah pilihan mereka, khususnya Geng 25 UMNO/BN itu. Adakah orang yang mereka lantik untuk menjadi jurucakap mereka itu adalah juga orang mereka cadangkan sebagai calon Perdana Menteri? Nazri menafikan hal itu tetapi mengaku bahawa wakil mereka adalah Ahli Parlimen Semberong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat