Tuhan Tidak Menilai Amalan Melalui Agama, Kata Marina

KUALA LUMPUR – Wanita DAP Johor menyifatkan Tuhan hanya menilai amalan baik seseorang itu tanpa mengira pegangan agama mereka.

Setiausaha Publisiti Wanita DAP Johor, Marina Ibrahim berkata demikian melalui satu ciapan di Twitter Sabtu lalu.

“Termasuk menipu atas nama agama??

“Dan saya pula berpegang dgn konsep Tuhan tidak akan menilai amalan seseorang melalui apa bangsa dan agama mereka. Jadi jangan sibuk buat kerja Tuhan,” tulisnya.

Marina berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Abdul Hadi Awang berhubung pendirian parti itu.

“PAS berpegang dengan konsep sejahat-jahat seorang Muslim yang beriman diterima taubatnya oleh Allah SWT, manakala sebaik-sebaik amalan orang yang tidak beriman akan ditolak juga pada Hari Kiamat nanti,” ujar Ahli Parlimen Marang itu.

Ekoran kenyataan tersebut, Marina dibidas para pengguna media sosial yang menyifatkan dirinya sebagai pengikut fahaman liberalisme yang memisahkan aspek agama daripada kehidupan.

“Saya pula berpegang dengan konsep, agama sepenuhnya bergantung dengan iktikad dan aqidah.

“Kau ingat wedding planner ke ikut konsep garden. kau tu yang buat kerja Tuhan. Tuhan tetapkan agama ini dgn aqidah, kau ubah ikut konsep. Sengal!,” bidas Irham Hakimi.

“Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 85),” tulis Jamil Megat pula.

Terdahulu Marina turut memuatnaik poster yang mengajak orang ramai untuk menyertai parti itu.

Topik Hangat

Audio Anwar, Zahid ulas PAU 2020 tersebar, rundingan UMNO-PKR masih ‘on’

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

Zahid tak berbual dengan Anwar lepas PAU 2020, lapor Polis audio fitnah

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berang dengan sebaran fitnah rakaman audio perbualan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

60 Penduduk Padang Terap Terima Bantuan Rumah Kediaman

KUALA NERANG, 10 April 2021 - Impian mendiami rumah kediaman yang lebih selesa menjadi kenyataan bagi 60 penduduk di kawasan Parlimen Padang Terap. Mereka merupakan...

Anak Zahid lepas jawatan SME Corp, berkias jawatan yang dipilih dalam pemilihan wajib dipertahankan

KUALA LUMPUR - Anak sulung Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid melepaskan jawatan sebagai Ahli Perbadanan SME Corp berkuatkuasa serta-merta. Perkara itu dimaklumkan Nurulhidayah menerusi...

Pasangan Suami Isteri Ditemui Mati Bunuh Diri, Tinggal Nota Untuk Keluarga

KUALA LUMPUR - Pasangan suami isteri ditemukan mati dengan meninggalkan nota kepada keluarganya selepas membakar arang di dalam bilik, menutup pintu dan tingkap sebelum...