Utamakan Pekerja Tempatan, Pengambilan Pekerja Asing Dibekukan Hingga Akhir Tahun

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pengambilan pekerja asing dalam semua sektor dibekukan hingga hujung tahun ini.

Selaras ketetapan itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata peluang pekerjaan kini diutamakan kepada penduduk tempatan.

“Kita tidak akan membenarkan pengambilan pekerja asing sehingga akhir tahun ini. Mereka (pekerja asing) boleh datang sebagai pelancong jika dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika ini terdapat kira-kira dua juta pekerja asing di negara ini.

“Kami berusaha mengurangkan pekerja asing selain memberi keutamaan kepada penduduk tempatan untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Saravanan berkata kementeriannya akan menilai semula langkah itu menjelang akhir tahun sekiranya ia dapat membantu rakyat negara ini.

Beliau dalam pada itu berharap pencari kerja menerima peluang pekerjaan yang ada bagi memastikan negara tidak perlu bergantung kepada pekerja asing.

“Jangan fikir hendak tunggu kerja yang sesuai kerana mungkin kerja yang sesuai tidak akan wujud dalam masa terdekat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat