Tak Tahan Bau Durian, 12 Pekerja Pejabat Pos Di Jerman Jatuh Sakit

- Advertisement -

Bagi Malaysia dan negara-negara di Asia, durian mungkin dipanggil sebagai raja buah disebabkan kesedapannya, rasa lemak manis dan baunya yang kuat tetapi tidak semua orang boleh menerimanya.

Inilah yang berlaku di sebuah pejabat pos di Jerman apabila kira-kira 12 pekerja terpaksa diberi rawatan perubatan kerana loya atau mabuk setelah menghidu aroma bau yang kuat daripada bungkusan yang berisi buah durian.

Pegawai polis, pasukan bomba dan pasukan perubatan dihantar ke pejabat pos di bandar Jerman Bavaria untuk memeriksa bungkusan itu.

Akibat bungkusan buah yang mencurigakan, polis terpaksa membawa keluar semua orang di dalam bangunan.

Kira-kira 60 pekerja diminta untuk keluar sebelum polis dan pegawai bomba membuka bungkusan itu.

“Oleh kerana ada kandungan yang tidak diketahui, pada awalnya tidak jelas apakah bungkusan itu berisiko atau tidak,” kata kenyataan dari pihak polis Schweinfurt.

Setelah membuka bungkusan itu, polis mendapati terdapat empat buah durian Thailand yang dihantar kepada seorang teman yang tinggal di Nuremberg, Jerman.

Selain 12 pekerja pejabat pos, polis turut melaporkan kira-kira 6 orang lain terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Sekitar 12 orang mengadu loya sehingga mereka terpaksa mendapat rawatan di tempat kejadian. Sementara 6 yang lain dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga,” kata kenyataan itu.

Menurut laporan CNN, 6 ambulans, 5 jentera bomba, dan 2 kenderaan kecemasan dikerahkan ke tempat kejadian setelah menerima laporan satu bungkusan yang mencurigakan.

Kejadian bungkusan berisi durian bukanlah pertama kali berlaku di Jerman.

Tahun lalu, perpustakaan di Universiti Canberra terpaksa dikosongkan kerana didakwa kebocoran gas.

Namun hasil carian mendapati bau itu datangnya daripada buah durian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,547FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat