Subky Latif Meninggal Dunia Pagi Tadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas wartawan kanan dan veteran Pas, Subky Abdul Latif dilaporkan telah meninggal dunia jam 11 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak-anaknya menerusi satu hantaran di akaun Facebook milik Allahyarham.

“Dukacita ingin dimaklumkan ayahanda kami Subky Abdul Latif telah pun menghembuskan nafas terakhir.

“Segala salah dan silap mohon diampunkan. Doakan arwah ditempatkan bersama para Nabi, sahabat, orang-orang soleh. Amin,” kata mereka.

Allahyarham merupakan penulis buku politik yang berpengaruh di Malaysia suatu ketika dulu.

Beliau dikatakan sebagai orang pertama yang menulis buku politik di Malaysia.

Pernah bekerja sebagai wartawan di akhbar Utusan Melayu, Allahyarham juga pernah menjadi Pengarang akhbar Suara Rakyat dan Suara Merdeka sebelum diharamkan.

Beliau merupakan antara pengasas dan Pengarang pertama akhbar Harakah milik Pas.

Buku politik beliau yang pertama adalah Siapa Selepas Tun Razak yang terbit pada tahun 1975.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat