Bekas setiausaha politik Hamzah mengaku tidak bersalah terima suapan RM350,000

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas dua pertuduhan menerima suapan RM350,000 pada empat tahun lalu.

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, hadir dengan memakai kot berwarna biru gelap membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azura Alwi.

“Bismillah, faham, mohon dibicarakan,” kata bekas Setiausaha kepada bekas Menteri Dalam Negeri terbabit.

Mengikut dua pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima wang rasuah itu daripada seorang pengarah syarikat sebagai upah bagi mendapatkan tender pembekalan alat baiki untuk Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri berjumlah RM381 juta, di sebuah pejabat Yayasan di Solaria di sini pada 2020 lalu, memetik laporan Sinar Harian pada Khamis.

Dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.

Menerusi siaran media semalam, SPRM berkata, izin untuk mendakwa individu itu bersama seorang lagi pemilik syarikat, telah diperoleh lebih awal.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pemilik sebuah syarikat itu ialah seorang anak menteri besar sebuah negeri dan dia akan didakwa Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Lelaki itu telah direman SPRM pada 24 April lalu, bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkenaan dan kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada hari sama.

Ia berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana di negeri sejak dua tahun lalu dan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas 8 jam disiasat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat