Kolaborasi PUO & Samsung bentuk sinergi kecemerlangan graduan

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

IPOH – Politeknik Ungku Omar (PUO) melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya berkolaborasi bersama-sama Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd di atas penubuhan Samsung Edu Centre dan Samsung Hybrid Classroom.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh PUO, kolaborasi tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian di kampus utamanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata, Samsung telah menjadi rakan strategik PUO sejak tahun lalu telah menyumbangkan beberapa peralatan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar ASASI Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Hasilnya kuliah dapat dilaksanakan menggunakan teknologi terkini secara interaktif, ”katanya.

Dalam pada itu, PUO turut meraikan seramai 91 pelajar ASASI TVET kohort pertama berjaya menamatkan pengajian mereka melalui Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar ASASI TVET PUO.

Pelbagai anugerah kecemerlangan diberikan bagi mengiktiraf pencapaian mereka yang telah berjaya diraih dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan serta sahsiah diri.

Megat Sany turut menzahirkan penghargaan kepada pelajar Asasi TVET yang berjaya menamatkan pengajian di PUO dan optimis agar momentum kecemerlangan dapat diteruskan bagi pengajian di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Ujarnya, sinergi di antara Politeknik dan MTUN akan dapat memperkukuh ekosistem TVET khususnya dari segi laluan pengajian yang spesifik serta penawaran program TVET kepada pelajar yang cenderung dalam bidang teknikal.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pelanggan SME, Teng Kah Wee; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat SME, Dato’ Roh Jae Yeol dan Pengarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Mohd Noor Shahudin. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat