Jabatan Imigresen Di UTC Beroperasi Hingga 10 Malam Mulai 25 Mei – Khairul Dzaimee

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) hari ini memaklumkan bahawa semua Pejabat Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung Malaysia akan beroperasi sehingga pukul 10 malam mulai 25 Mei ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya menyedari masih terdapat kelemahan dalam proses pengeluaran Passport Malaysia Antarabangsa (PMA), walaupun beberapa penambahbaikan telah dibuat sebelum ini.

“Sebagai usaha berterusan untuk memudahkan urusan orang ramai mendapatkan PMA, JIM ingin memaklumkan bahawa semua Pejabat Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung Malaysia akan beroperasi sehingga 10 malam mulai 25 Mei 2022.

“Bagaimanapun, pejabat-pejabat UTC di Perlis, Terengganu dan Pahang hanya beroperasi sehingga pukul 6 petang dan tidak terlibat dengan pemanjangan waktu operasi kerana jumlah permintaan PMA yang masih rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, pemanjangan waktu operasi UTC itu adalah tambahan kepada waktu operasi pejabat-pejabat pengeluar PMA yang dibuka sehingga pukul 10 malam dan hari Sabtu, sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.

“Orang ramai diminta untuk sentiasa merujuk kepada maklumat terkini yang terdapat dalam portal rasmi dan media sosial rasmi JIM bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di kaunter-kaunter PMA khususnya di waktu pagi,” ujar beliau. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat