PAS tak konsiten, BN Perlis sedia gerak solo

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya Muafakat Nasional (MN) ‘terkubur’ UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perlis menyatakan kesediaan untuk bergerak solo tanpa kehadiran PAS bagi mendepani PRU-15.

Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, UMNO dan BN Perlis terbuka menerima keputusan PAS sama ada ingin meneruskan kerjasama atau sebaliknya.

Tegas Menteri Besar Perlis itu, UMNO negeri tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan PAS dan apa yang dilakukan sebelum ini dibuat secara bersendirian.

“Tidak ada pun kerjasama politik antara BN dan PAS pada masa ini,” katanya pengerusi UMNO Perlis memetik Bernama di Kangar malam tadi.

Menurut Azlan dapat dilihat bahawa isyarat yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS dilihat tidak konsisten sama ada mahu meneruskan atau menamatkan kerjasama MN dengan meletakkan kesalahan kepada UMNO menerusi kenyataan negatif oleh beberapa pemimpin PAS sebelum ini.

“Kenyataan sebegini tidak memberikan semangat untuk kita menghidupkan kembali MN namun ia tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi UMNO nanti,” katanya menambah bagi meneruskan MN, ia terpulang kepada PAS untuk membuat pilihan dan UMNO juga mempunyai pilihan sendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat