Persoalan rakyat sama ada MB Negeri Sembilan berbohong masih belum terjawab, krisis dibiar meleret, siapa dalang? – Pemuda Umno

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan Mohamad Fadil Md Zin mengingatkan Adun-Adun di negeri itu bahawa akar umbi dan rakyat jelata kini sedang memerhati tindak-tanduk mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ini katanya sebagai penilaian sama ada pengundi telah membuat pilihan tepat atau sebaliknya pada pilihan raya lalu.

Menurut Fadil, pertama kali dalam sejarah Istiadat Perasmian Sidang DUN Negeri Sembilan kerusi buat YM Datuk Undang Yang Empat kosong ketika perasmian.

“Walaupun persoalan daripada rakyat jelata sama ada benar Menteri Besar Negeri Sembilan berbohong masih belum terjawab.

“Namun hari ini timbul pula persoalan daripada rakyat jelata di kedai-kedai kopi yang mempersoalkan kenapa kemelut dan krisis ini nampak seolah olah sengaja dibiarkan berpanjangan dan siapakah dalang di sebalik krisis ini?

“Pelbagai persepsi sedang cuba dimainkan oleh banyak pihak dan rakyat jelata juga nampaknya sudah semakin lupa berkenaan isu kenaikan harga minyak,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Apapun kata Fadil lagi, Pemuda Umno Negeri Sembilan mendoakan agar kemelut perbalahan ini akan segera diselesaikan dengan baik serta telus.

“Buat Pemuda Pemuda yang bijaksana ini adalah masanya untuk kita semua memahami konteks Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan dan ini juga adalah masanya untuk Pemuda Pemuda mengambil tahu tentang fungsi serta Sistem Adat Perpatih.

“Kepada yang telah bergelar YB ADUN,akar umbi serta rakyat jelata kini sedang memerhatikan tindak tanduk anda di dalam Dewan Undangan Negeri sama ada tepat ataupun tidak pilihan yang mereka telah buat pada pilihanraya yang lalu.

“Selamat bersidang buat semua Ahli Yang Berhormat,” ucapnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat