Persembahan terbaik Ramli Sarip, Ahad ini

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Ramli Sarip, 69, berjanji akan memberikan persembahan terbaiknya pada program Berbuka Puasa Rasa (Cinta Di Sebalik Musim) yang akan berlangsung di Hotel Royale Chulan, di sini, Ahad ini.

Ramli berkata, dia dan barisan pemuzik profesional yang akan terbabit dengan persembahan ini sudah melakukan persiapan rapi bagi memastikan peminat yang hadir terhibur.

“Alhamdulillah, saya sebenarnya tak sabar untuk bertemu peminat secara langsung selepas lebih dua tahun tidak berbuat demikian akibat pandemik Covid-19.

“Insya-Allah saya akan menghiburkan peminat dengan lagu-lagu daripada album Rasa, selain seleksi lagu popular nyanyian saya yang bersesuaian dengan persembahan itu nanti.

“Saya suka membuat persembahan secara live kerana menerusi persembahan sebeginilah kita boleh sajikan kelainan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, selain berhibur peminat yang hadir juga menderma secara tidak langsung melalui tabung penggiat seni yang diwujudkan oleh penganjur, Mukmin Pay Sdn Bhd dengan sokongan Konsortium IRAMA.

Wakil Mukmin Pay Sdn Bhd, Mohd Yusni Ismail berkata, mereka prihatin membantu penggiat seni yang berdepan ujian seperti sakit dan ditimpa musibah.

“Kami sudah menghulurkan bantuan kewangan kepada Ali XPDC, Dwan Olan dan Allahyarham Harun BPR ketika hayatnya sebelum ini.

“Untuk Ahad ini pula, beberapa lagi penggiat seni dikenal pasti untuk diberikan bantuan antaranya Zaiton Sameon, Khalis Real Spin, Mel Wings, Bard Indigo, Mak Jah dan Norlia Ghani.

“Kami turut akan menyampaikan bantuan kepada dua wartawan yang kurang bernasib baik. Semoga sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung mereka. Jualan meja untuk menyaksikan persembahan ini berharga antara RM3,000 hingga RM15,000.

Tempahan tiket boleh dibuat menerusi pautan https://datukramlisariproyalechulankl.onpay.my/order/form/ramlisarip/RS04.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat