Myra Natasya bersyukur jika JPN nak bantu

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Walaupun tidak pernah terlintas untuk menukarkan nama berbintikan bapa kandung, namun anak kepada pengacara dan penyampai radio popular, Halim Othman iaitu Myra Natasya Abdullah, 27, bersyukur dengan tawaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membantu bapanya sekiranya berhasrat menyelesaikan isu berkenaan.

Myra yang juga pelakon dan pengacara ketika dihubungi berkata, dia hanya seorang anak dan keputusan itu seelok-eloknya dibuat oleh ibu bapanya.

“Cuma, adakah mereka bersedia untuk menukar nama itu dan buat macam-macam? Bila kita buat sesuatu benda, ia akan beri kesan kepada banyak pihak di sekeliling. Jadi untuk mereka cari saksi, cari balik dokumen akan menyusahkan.

“Saya juga tak tahu sama ada ibu bersedia untuk lalui satu proses yang panjang dan mungkin boleh mengganggu emosi. Saya pasti ia bukan sekejap dan sekarang apabila macam-macam cerita keluar ia bukan saja mengganggu ibu dan bapa, tapi juga ramai pihak,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya sedia memberikan khidmat nasihat dan panduan berkenaan identiti Myra Natasya yang tidak berbintikan nama Halim.

Menurutnya, Halim hanya perlu hadir ke ibu pejabat JPN di Putrajaya bersama dokumen berkaitan bagi memudahkan pihaknya menentukan kaedah terbaik menangani isu itu.

“Di peringkat JPN kita tidak tahu dokumen apa mereka ada dan perlu semak semua dulu, baru kita boleh bantu. Misalnya jika ada sijil perkahwinan di Thailand sila bawa bersama.

“Jika ada dokumen itu kita boleh buat pengesahan dan sebagainya. Insya-Allah kita lihat apa yang boleh dibantu. Jadi kita minta beliau datang ke JPN Putrajaya bagi memudahkan kita beri khidmat nasihat dan bantu apa yang sepatutnya,” katanya.

Dalam pada itu, Myra mengharapkan perkara ini selesai dan cukup-cukuplah beberapa minggu ini mereka dihujani dengan pelbagai persoalan daripada media, netizen dan keluarga sebelah bapanya.

“Perkongsian ini pada mulanya dibuat kerana niat saya untuk elakkan salah faham atau fitnah pada masa depan berkenaan hubungan saya dan ayah.

“Secara peribadi saya bersyukur JPN nak bantu dan ia akan beri kelebihan kepada saya sekiranya saya nak sangat tukar nama dan mendesak ia dibuat. Namun, sekarang ia bukan daripada saya.

“Ia bukan satu keputusan yang saya boleh buat kerana hanya boleh dilakukan oleh ayah saya. Kalau mereka ajak saya ke JPN untuk urusan pertukaran nama kerana mereka nak bantu, saya akan gembira.

“Siapa yang tak nak berbintikan bapa sendiri. Lagi sedap nama saya Myra Natasya Abdullah binti Abdul Halim. Namun, ini bukan satu keputusan yang saya boleh buat. Proses panjang tak apa tapi saya takut emosi orang-orang di sekeliling saya terganggu. Mak saya pun tak nak terbabit bagi kenyataan langsung. “Saya faham semua pihak (netizen) nak bantu tapi sekarang dah 27 tahun. Kalau 10 tahun atau 20 tahun dulu mungkin saya sangat teruja. Sekarang saya dah biasa dan kalau tukar pun untuk apa?,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat