HUAWEI Malaysia lancar rakan produktiviti untuk keperluan bekerja dari rumah

- Advertisement -

MENINGKATKAN produktiviti di pejabat, jenama HUAWEI memperkenalkan siri Matepad dan Matebook baharu yang menawarkan pengalaman pejabat pintar terbaik.

Ini merangkumi tablet produktiviti HUAWEI MatePad 10.4 dan komputer riba MateBook D15 yang memberikan pengalaman berbilang peranti lancar bagi membantu pengguna memanfaatkan peranti mereka sepenuhnya.

Bekerja, belajar dalam satu masa

Dikuasakan oleh HarmonyOS, HUAWEI MatePad 10.4 sangat bersesuaian untuk pelajar menghadiri kelas dalam talian, mencatat nota, melakar gambar rajah dan membuat karya seni.

Golongan profesional turut akan menyukai tablet ini kerana ia boleh dibawa dengan mudah.

Menjadi tablet julat pertengahan generasi baharu, HUAWEI MatePad 10.4 membawa kemajuan dalam semua aspek selain rekaan minimalis langsing dan mudah alih.

HUAWEI MatePad 10.4 dilengkapi dengan 10.4 inci paparan penuh HUAWEI yang menawarkan pengalaman menonton yang luar biasa untuk kedua-dua urusan kerja dan bermain.

Dengan skrin resolusi 2K untuk menyampaikan pengalaman visual yang mengagumkan, ia turut menjadikan butiran dalam grafik yang lebih halus dengan kualiti lebih baik.

Selain itu, HUAWEI MatePad dijamin dengan pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker Free yang membuktikan keupayaannya untuk meminimumkan kesan skrin pada mata, selain memberikan perlindungan mata menyeluruh untuk pengguna.

HUAWEI MatePad juga mempunyai ciri pengambilan bunyi dan pengurangan hingar yang sangat baik menggunakan tiga mikrofon dan teknologi pembatalan hingar yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI.

Selaras dengan aliran kerja dari rumah, pengguna dapat memanfaatkan teknologi pengurangan hingar AI dan pembatalan gema ketika mereka melakukan panggilan persidangan penting.

Menjadi tablet pendidikan dan pejabat pintar, HUAWEI MatePad membolehkan pengguna memanfaatkan produktiviti dan kreativiti pintar dengan lebih baik, ke arah pengalaman pintar yang lebih tinggi.

Keupayaan tanpa had

Image

Untuk pengalaman mencatat nota yang luar biasa, menghadiri kelas maya atau melakar idea, gandingkan HUAWEI MatePad 10.4 dengan HUAWEI M-Pencil dan Papan Kekunci Pintar.

Dengan dua produk itu, anda boleh menggunakan tablet seperti PC, memberikan anda tulisan yang lebih realistik untuk meningkatkan pengalaman kerja dan pembelajaran secara menyeluruh.

HUAWEI MatePad 10.4 dilengkapi gerak isyarat pintar yang membolehkan anda melakukan pengeditan pantas seperti goresan untuk memadam perkataan secara automatik.

Alat lukisan rajah juga membolehkan anda mengubah lakaran lukisan tangan menjadi rajah interaktif dengan dua ketikan pada skrin.

Selain itu, HUAWEI MatePad 10.4 serasi dengan banyak aplikasi daripada AppGallery seperti WPS, Jnotes dan Touchnotes, yang memberikan pengalaman menulis dan melukis yang lebih baik berbanding pen dan kertas tradisional untuk meningkatkan produktiviti.

HUAWEI MatePad dilengkapi bateri 7,250mAh yang boleh digunakan untuk menonton video HD tempatan 1080p sehingga 12 jam hanya sekali cas.

HUAWEI MatePad menyokong pengecasan 22.5W yang hanya memerlukan dua jam 30 minit untuk mengecas sepenuhnya.

Perkara yang menjadikan produk pintar ialah aplikasi di HUAWEI AppGallery yang menawarkan pelbagai jenis aplikasi tempatan bagi memenuhi sebahagian besar keperluan harian pengguna.

Aplikasi kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa seperti Shopee MY, Lazada, Touch ‘n Go eWallet, Grab Superapp, Maybank2u MY, TikTok boleh didapati di AppGallery.

Peminat permainan mudah alih juga boleh mencuba permainan popular daripada AppGallery, termasuk Garena Free Fire, Mobile Legend Bang Bang dan banyak lagi.

HUAWEI MateBook D15 tingkat produktiviti

Image

Disesuaikan untuk pengguna muda, HUAWEI MateBook D15 mempunyai reka bentuk minimalis dengan garisan bersih dan halus yang hadir di sisi kerangka logam bagi menghasilkan penampilan bersahaja dalam warna klasik Space Grey atau warna Mystic Silver yang elegan.

Hanya seberat 1.56kg dan berukuran 16.9mm, ia memenuhi setiap senario penggunaan pantas.

HUAWEI MateBook D15 didatangkan dengan Paparan Penuh yang menyokong ciri perlindungan mata, rekaan indah dan 11th Gen Intel® Core™ i5 processor baharu.

HUAWEI MateBook D15 mempunyai teknologi canggih seperti peranti super, butang kuasa cap jari, sokongan Wi-Fi 6 berkelajuan tinggi dan keupayaan pengecasan pantas.

Semua inovasi ini membolehkan komputer riba menjadi lebih daripada sekadar alat produktiviti, tetapi juga pembantu pintar yang membantu golongan muda dalam kecemerlangan dalam pekerjaan, belajar dan segala-galanya yang ada dalam kehidupan.

Pengguna dapat merasai pengalaman Pejabat Pintar dengan HUAWEI MateBook D15 melalui sambungan tanpa wayar bagi membolehkan pengalaman berbilang peranti kolaboratif untuk kerja dan masa peribadi, meningkatkan keupayaan komputer riba daripada menjadi alat produktiviti kepada rakan pintar yang diperlukan di seluruh sekolah dan situasi kerja.

Dengan sistem ini, pengguna boleh meleret ikon dari peranti HUAWEI lain ke MateBook mereka, yang akan berfungsi sebagai hab untuk pengalaman pejabat pintar dengan kerjasama peranti.

HUAWEI MateBook D15 baharu memanfaatkan keupayaan tercanggih seperti peranti super untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti anda.

Apabila menayangkan HUAWEI MatePad 10.4 secara tanpa wayar ke HUAWEI MateBook D15 melalui Super Device Multi-screen Collaboration, anda boleh menikmati ciri Multi-screen Collaboration yang disertakan dengan tiga mod; Mirror Mode, Extend Mode dan Collaborate Mode.

Image

HUAWEI MatePad 10.4 kini tersedia untuk pra-tempahan pada harga RM1,599 di laman web rasmi HUAWEIHUAWEI Experience Store (HES)Shopee Huawei Official Store dan Huawei Flagship Store di Lazada bermula dari 22 April 2022 sehingga 2 Mei 2022.

Pra-tempah sekarang untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM898 termasuk papan kekunci pintar HUAWEI dan HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua.

Image

HUAWEI MateBook D15 11th Gen Intel® Core™ i5 processor kini boleh didapati di seluruh negara daripada RM3,099 di laman web rasmi HUAWEIHUAWEI Experience Store (HES)Shopee Huawei Official Store dan Huawei Flagship Store di Lazada  bermula dari 22 April.

Dapatkan hadiah percuma untuk HUAWEI MateBook D15 berjumlah RM827 termasuk beg galas HUAWEI, HUAWEI Bluetooth Mouse dan HUAWEI FreeLace.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat