Kompaun Masjid, PPIM Gesa Pegawai Penguatkuasa Bertimbangrasa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius tindakan Pegawai Kesihatan Persekitaran U42, Zuharnan Rashid yang menyaman Masjid Sri Maulana, Pekan, Pahang kerana tidak memaparkan QR Code dan buku pendaftaran lawatan yang merupakan keperluan pematuhan SOP.

Menurut PPIM lagi, kedua-dua prosedur itu ada di masjid cuma masih belum dipaparkan dan diletakkan di tempat yang sepatutnya kerana masih terlalu awal.

“Masjid berkenaan telah dikompaun sebanyak RM10,000 kerana kesalahan tersebut,” kata PPIM melalui kenyataa Facebooknya.

PPIM juga mempersoalkan Zuharnan kerana tidak menggunakan pertimbangan sebelum mengeluarkan kompaun dan menasihatkan pegawai masjid itu melakukan apa yang sepatutnya? Mengapa terburu-buru untuk mengeluarkan saman?

“Adakah Ketua Pengarah Kesihatan ada menawarkan insentif atau ada kuota perlu dipenuhi untuk setiap kompaun? Masjid adalah rumah ibadat umat Islam dan agama itu adalah agama persekutuan dan kita yakin Zuharnan juga seorang Islam, mengapa bersikap tegas tak bertempat? soal mereka.

Rakyat kini sudah jelak dan banyak mempersoalkan pelanggaran SOP yang serupa di mana ketidakadilan berlaku dan tiada tindakan diambil jika kesalahan itu dilakukan oleh artis atau ahli politik walaupun kertas siasatan telah dibuka, ujar PPIM lagi.

Tegas mereka lagi, Walaupun kompaun itu telah dikurangkan sebanyak 50 peratus dan diselesaikan oleh seorang individu, jumlah wang RM5000 itu boleh dimanfaatkan kepada perkara yang lain.

“PPIM berharap Ketua Pengarah Kesihatan memandang serius perkara ini dan menasihatkan pegawai bertugas agar lebih rasional dalam menjalankan tugas mereka.

“Kami juga menggesa Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah mengeluarkan kenyataan khas menjelaskan perkara ini agar kekalutan tindakan pegawai ini tidak menjadi amalan pegawai penguatkuasa yang lain.” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat