Fattah Amin menang Pelakon Lelaki Terbaik

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Fattah Amin, 30, melakar sejarah dalam kerjaya seni apabila lakonan dalam filem seram, Mimaland membawanya memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021.

Kemenangan Fattah itu diumumkan di laman web WFC Singapore 2021.

Mengulas kemenangannya itu, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin berkata, dia terkejut dengan kejayaan yang tidak pernah disangka.

 

 

“Saya dimaklumkan mengenai kemenangan itu oleh pihak pengurusan. Sebaik saja melihat nama tertera sebagai pemenang kategori Pelakon Lelaki Terbaik, saya jadi terkejut. Memang saya tidak sangka. Secara jujur, masih banyak lagi yang perlu saya belajar daripada bidang lakonan. Ini bukanlah yang terbaik.

“Bagaimanapun, saya anggap kemenangan ini rezeki kerana ini adalah julung kali lakonan saya mendapat pengiktirafan peringkat di antarabangsa,” katanya kepada BH Online.

Pemegang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 itu berkata, anugerah itu menjadi pembakar semangat dalam menghasilkan karya terbaik.

“Seperkara yang menarik mengenai anugerah ini adalah ia dibuat berdasarkan penilaian juri profesional, bukannya atas undian,” katanya.

Awal bulan ini, Mimaland diangkat Filem Seram Terbaik pada AltFF Alternative Film Festival Spring 2021 di Toronto, Kanada.

Selain itu, filem arahan Nevin Hiong yang menampilkan Fattah dan Sophia Albarakbah sebagai teraju utama, menggondol trofi Pengarah Terbaik selain menjadi finalis bagi kategori Sinematografi Terbaik.

Berkongsi mengenai watak dibawa dalam Mimaland, Fattah berkata, watak Ariel sangat berbeza dan memerlukannya bermain emosi.

“Ini adalah filem seram pertama lakonan saya. Cabarannya adalah bagaimana mahu bermain dengan emosi dan pemahaman terhadap sesuatu watak itu.

“Selain itu, berikutan genre filem ini seram, kebanyakan penggambarannya dibuat pada waktu malam dan lokasinya dalam hutan.

“Gangguan mistik ketika penggambaran juga menjadi antara cabaran yang terpaksa dihadapi ketika membintangi filem ini,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat