Getaran vokal mantap

- Advertisement -

SEBUT saja nama Ara Johari, tentunya peminat dan pengikut industri seni muzik tanah air cukup sinonim dengan vokal mantapnya melantunkan lagu berentak pop rock.

Terbaharu, Ara hadir dengan single berjudul Tetap Aku Cinta yang membawa sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan karya terdahulunya.

Mendapat sentuhan komposer Amy Bong, Nahruf dan MFMF, Ara turut mencurahkan ideanya dalam penulisan lirik untuk karya kali ini bersama Amy.

“Ia mengenai kisah cinta yang terganggu oleh persekitaran. Berbanding lagu cinta lain yang kebanyakannya diganggu orang ketiga, kisah dalam Tetap Aku Cinta ini berbeza.

“Di penghujungnya, selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan, pasangan itu akhirnya masih tidak dapat melepaskan satu sama lain,” katanya membuka cerita mengenai lagu baharunya itu.

Berkongsi mengenai genre, Tetap Aku Cinta mempertaruhkan ‘power ballad’ dalam sebahagian atau babak pertama lagu ini.

“Ya, saya memang meminta supaya komposer berkenaan menghasilkan satu lagu yang ada getaran ‘power vocal’

dan saya sendiri meletak sasaran untuk mempertaruhkan lagu ini di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Kalau ada rezeki, Insya-Allah, saya nak membawa lagu ini sampai ke tahap itu,” katanya.

Berkongsi mengenai penghasilan lagu baharu, Ara tidak menolak bahawa dirinya kerap kali berdepan rasa gusar sekiranya karya terbaharu tidak dapat menandingi karya terdahulu.

“Rasa gusar dan risau memang ada. Jadi, setiap kali keluar dengan lagu baharu, saya akan cuba susun melodinya sebaik mungkin. Kalau tak dapat jadi yang terbaik, dapat jadi lebih baik sedikit pun sudah mencukupi.

 

ARA ketika persembahan di Masok Food Court, Kampung Baru.
ARA ketika persembahan di Masok Food Court, Kampung Baru.

 

“Namun, semuanya berbalik kepada pendengar. Kalau mereka dapat menerima kehadiran single baharu ini dengan baik, Alhamdulillah. Kalau tidak, saya akan terus berusaha untuk cari dan keluarkan karya yang lebih baik,” katanya.

Terbaharu, Ara kini turut sibuk mengisi Ramadan di gerai makanan yang baru saja dibuka di Masok Food Court, Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak sebulan lalu.

“Saya juga mengendalikan Ara Kitchen yang menyediakan pelbagai juadah sesuai untuk berbuka puasa. Sedikit sebanyak perniagaan ini membantu saya untuk menampung semula kerugian yang saya alami sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat