Judi Online: KKMM Sudah Hantar Cadangan Kepada MOF Dan KDN – Zahidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sekumpulan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bantahan iklan judi raya dalam talian kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Memorandum berkenaan yang meminta kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap operator judi haram itu, diserahkan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan kepada Zahidi di pejabatnya di Angkasapuri.

Sementara itu Zahidi berkata, judi dalam talian tidak mudah untuk dipadamkan begitu sahaja kerana melibatkan aplikasi antarabangsa.

“Judi dalam talian tidak boleh dipadam begitu sahaja, sebab di negara kita ni aplikasi judi dan porno kalau dipadam, akan naik semula, ini adalah aplikasi antarabangsa.

“Kita sukar nak kawal kerana ‘server’ nya di luar negara, pemainnya juga di luar negara, di India, Filipina, China dan pelbagai negara, tetapi bermain judi di Malaysia,” katanya dan menambah negara memerlukan sistem untuk mengawal aktiviti itu, ” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zahidi memberitahu untuk membanteras judi online ia bukan hanya melibatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) semata-mata.

“Jadi kalau rakyat kata kita tak buat apa-apa tapi sebenarnya kita (KKMM) telah pun hantar cadangan kita untuk mengekanh judi online ini kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan berapa kita punya proposal untuk kita tentang judi online ini kepaad MOF dan sampai hari ini belum ada jawapan.

“Kita sebenarnya nak beritahu bukan kita saja bertanggungjawab untuk mengawal judi online, ia juga melibatkan Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Dalam Negeri (KDN) melibatkan percukaian perjudian 1972 dan satu lagi Akta Rumah Judi Terbuka 1953, jadi rakyat harus faham bahawa bukan kementerian ini saja.

“Walaubagaimanapun kita telah membuat cadangan kepada kementerian kewangan dan juga kita telah berjumpa dengan KDN untuk kita banteras judi,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat