Biadap Terhadap Raja Permaisuri Agong, Pemuda UMNO Raub Buat Laporan Polis

- Advertisement -

RAUB: Pemuda UMNO Bahagian Raub tampil membuat laporan polis terhadap tindakan biadap sekolompok individu yang menghina dan memperlekehkan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketuanya, Fadzli  Mohamad Kamal berkata, kelompok ini tidak menghargai sumbangan dan peranan besar Institusi Raja dalam memakmurkan negara.

“Kelompok ini bagaikan tidak menghargai sumbangan dan peranan besar Institusi Raja dalam memakmurkan negara, menstabilkan politik dan sosio-ekonomi rakyat, menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, serta memastikan Islam terus syumul di Malaysia,” kata beliau selepas membuat laporan polis.

Laporan polis dibuat setelah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Fahmi Reza telah memuatnaik satu poster yang menghina Raja Permasuri Agong.

Status Facebook tersebut telah mendapat reaksi emoji lebih 2500, 826 komen dan 32 perkongsian pengguna Facebook dan ramai turut meninggalkan komen mengutuk tindakan individu berkenaan kerana menghina Raja Permaisuri Agong.

Mengulas lanjut, Fadzli berkata, tindakan pengguna Facebook tersebut sudah tentulah satu tindakan yang sangat biadab dan perlu dihentikan dengan serta-merta. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat