UMNO Amal ‘Double Standard’ Kata Ketua Bahagian Dipecat Pada 2009 : Laporan

KUALA LUMPUR – Bekas ketua UMNO bahagian yang digugurkan jawatan dan dipecat kerana berdepan pertuduhan mahkamah pada 2009 mempersoalkan sikap “double standard” parti itu kerana tidak mengambil tindakan sama apabila melibatkan Presiden dan pemimpin tertinggi.

Bekas ketua UMNO bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, parti itu seharusnya menggunakan Fasal 10.10 terhadap pemimpin parti yang berdepan dengan pendakwaan mahkamah seperti berlaku pada dirinya pada 2009.

“Ini maknanya UMNO ‘double standard’ sebab peraturan itu digunakan kepada semua. Peraturan ini digunakan pada 2009. Adil atau tidak kepada ahli lain?” kata Suhaili seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

“Apakah peraturan itu hanya kepada rakyat marhaen macam saya? Kepada ahli Majlis Tertinggi, setiausaha dan presiden bagaimana?”

Suhaili berkata, kes mahkamah yang dihadapinya pada 2009 tidak melibatkan pertuduhan rasuah, salah guna kuasa atau merompak akan tetapi beliau digugurkan daripada jawatan dan dipecat daripada parti.

Pada April 2009, jawatan ketua UMNO bahagian Labuan yang disandang Suhaili gugur dengan serta merta berikutan pendakwaan mahkamah dihadapinya.

Pada ketika ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Sementara Datuk Seri Najib Razak yang juga ketua UMNO bahagian Pekan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah,menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan juga sedang dibicarakan atas dakwaan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterimanya daripada perdana menteri ketika itu, Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 2013.

Manakala Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berdepan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta kerana menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.

Zahid dan Najib kini mengetuai sekumpulan pemimpin UMNO yang berdepan dengan pelbagai pertuduhan rasuah di mahkamah menyerang kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tahun lalu, UMNO adalah antara parti yang menyokong pembentukan kerajaan PN.

Menurut Suhaili, beliau merupakan pemimpin UMNO yang pertama dan terakhir dikuatkuasakan peraturan itu sedangkan ramai lagi pemimpin parti Melayu itu yang terpalit dengan pertuduhan mahkamah.

“Dulu saya langsung tak diberi ruang untuk membuat penjelasan, jawatan pun tak dikembalikan kepada saya walaupun kes dah selesai,” katanya kepada Utusan Malaysia.

“Dua belas tahun kes ini sudah berlalu, tapi hari ini biar semua orang tahu tentang ketidakadilan perjuangan UMNO sebenarnya.”

Semalam, seorang pengamal undang-undang Adnan Seman memberitahu Utusan Malaysia peraturan yang diputuskan Majlis Tertinggi Umno pada 29 Mei 2009 ketika Najib merupakan presiden parti itu menyatakan mana-mana pemimpin atau ahli parti yang didakwa di mahkamah secara automatik digantung semua jawatannya di dalam parti.

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa Satu Tindakan Keji Dan Tidak Berperikemanusian – Exco Pemuda UMNO

CYBERJAYA: Exco Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin mengecam serangan Tentera Israel terhadap umat Islam Palestin yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis tanpa...

Malaysia Kecam Pencerobohan Dan Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis. Ketegasan Malaysia itu disuarakan oleh Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin...

Pahang Sumbang RM10,000 Ringankan Bebanan Siti Sarah

RAUB: Kerajaan negeri Pahang menyumbang sebanyak RM10, 000 untuk membantu adik Siti Sarah Ishak yang telah menjalani pembedahan jantung kali ke-2 di Hospital CVSKL...