2,847 Kes Baru Covid-19, Lapan Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,847 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jangkitan baharu itu melibatkan 2,843 kes penularan tempatan dan empat kes import.

Dr Noor Hisham berkata, perkembangan terbaharu itu juga sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kini sebanyak 387,535.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, beliau memaklumkan, Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 748 kes, diikuti Sarawak (717), Kuala Lumpur (302) dan Johor (130).

Sementara Perlis tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 2,341 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 363,608 bersamaan dengan 93.8 peratus.

Kata Dr Noor Hisham lagi, dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara merekodkan lapan kematian baharu melibatkan tujuh warganegara dan seorang bukan warganegara menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 sehingga kini sebanyak 1,415.

Beliau turut memaklumkan, 260 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 125 menerima bantuan alat pernafasan. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat