Tindakan Guna Dana Kumpulan Wang Amanah Negara Sangat Mengusarkan – Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Niat kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dipertikai Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, mengapa kerajaan mahu menggunakan dana petroleum bagi pembelian vaksin Covid-19.

“Tindakan Kerajaan PN menggunakan peraturan darurat untuk menggunakan KWAN bagi (membeli) vaksin dan perbelanjaan yang berkaitan dengannya adalah sangat membimbangkan.

“Tindakan tersebut sangat mengusarkan dan memperlihatkan kerentanan kemampuan kerajaan dalam mengurus krisis Covid-19,” katanya di Twitternya hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu merujuk kepada laporan kerajaan PN telah menggunakan kuasa darurat untuk wartakan satu pindaan ke atas akta KWAN untuk benarkan pengeluaran bagi pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin.

Mohamad berkata, dalam Belanjawan 2021, kerajaan PN telah memperuntukkan RM3 bilion untuk progeam vaksinasi sejumlah 83 peratus penduduk negara ini.

Namun tidak ada perincian mengenai perbelanjaan itu sehingga kini.

Malah kerajaan PN turut menambah peruntukan berjumlah RM2 bilion lagi bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), bulan lalu.

“Tujuannya untuk percepatkan sasaran memvaksinkan 80 % penduduk menjelang Disember dan bukannya Februari 2022 seperti yg telah diumumkan Muhyiddin sebelum ini.

“Jadi mengapa secara tiba-tiba kerajaan sekarang memerlukan dana daripada KWAN?, soal beliau.

Mohamad turut mempersoalkan tindakan kerajaan PN yang tidak membuat sebarang perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen.

Malah katanya tindakan itu tidak ada proses semak dan imbang yang boleh dipertikaikan.

“Tiada ruang untuk jawatankuasa pilihan Parlimen memastikan ketelusan serta kebertanggungjawaban memandangkan Parlimen masih digantung, impak drpd peristiharan darurat.

“Persoalannya, wajarkah kerajaan Perikatan Nasional mempertaruhkan kesejahteraan generasi akan datang serta kelangsungan masa depan mereka tanpa meneroka pilihan lain terlebih dahulu?, soal beliau lagi.

Untuk rekod, Kumpulan Wang Amanah Negara ditubuhkan kira-kira 30 tahun yang lalu untuk kepentingan generasi masa depan memandangkan sumber semula jadi yang negara semakin menyusut. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat