Anwar selaku PM, Menteri Kewangan tak sepatutnya bagi jawapan ‘sampah’ tentang ringgit- KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dikritik kerana disifatkan tidak serius dalam menjawab persoalan kejatuhan teruk nilai ringgit ketika ini.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tanpa berselindung menganggap respons Anwar sebagai ‘sampah’ dan tidak membantu meyakinkan rakyat dan pelabur.

“Respons daripada kerajaan walaupun benda ini faktor luaran kebanyakannya dan walaupun ia mengambil masa tetapi saya rasa respons daripada kerajaan setakat ini agak rubbish.

“….macam dia tak ambil serius isu ini (ringgit). Keluar kenyataan daripada Perdana Menteri sewaktu dia ada di suatu majlis… dia kata tanya Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) okey dari segi teknikal, Gabenor BNM boleh jawab.

“Tapi kamu Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Duit ringgit kita ni dah mencecah paras yang paling rendah sejak kamu jadi Menteri Kewangan rekod itu juga dicatatkan oleh kamu sendiri number 1 number two by you now.

“Dan itu yang kamu boleh cakap, itu saja yang kamu boleh cakap? tempelak Khairy dalam podcast Keluar Sekejap.

Tegas beliau, soal paras kekuatan ringgit ini bukan sahaja soal fundamental bahkan ia juga soal sentimen.

“Sentimen ini mesti diurus dengan baik dan bila sentimen itu tak diuruskan dengan baik maka ini akan memberi kesan keyakinan pelabur kepada Malaysia dan kesan kepada rakyat kita juga.

“Sebab seolah-olah kita tak serius sedangkan bila dia, (Anwar) pembangkang, macam-macam dia cakap hairan sebab Tengku Zafrul tak ambil berat pasal paras ringgit, Zafrul masa tu menteri kewangan, sekarang MITI menteri kepada Anwar sendiri, dan dia kata ringgit lemah sebab hang tak pandai jaga negera, bila kamu cakap macam tu kamu kena tahu bila kena batang hidung sendiri dan ringgit jatuh waktu kamu jadi kerajaan.

“Sekurang-kurangnya jawab dengan serius yang kamu tuntut daripada kerajaan sebelum ini,” bidas Khairy.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu memberitahu, Anwar sepatutnya membetulkan nada menjawab soalan berkaitan ringgit itu.

“Sepatutnya nada, jangan buat press conference di tepi majlis kerana perkara ini serius walaupun ia akan ambil masa, walaupun ada jawapan dia tapi ambil serius lah kamu PM dengan Menteri Kewangan.

“Ringgit dah jatuh pada kadar yang paling rendah sejak tahun 1997, kita faham faktor luaran, kita faham kalau kamu cakap pun masih ada orang benci, cakap macam-macam dan tak akan terima apa yang PM cakap tapi kamu Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

“Kalau saya di kedudukan Datuk Seri Anwar saya akan panggil sidang media ada Gabenor BNM di sebelah dan ada Menteri Kewangan II bersama. Saya akan jelaskan ini adalah langkah-langkah yang kita telah ambil, ini adalah sebab-sebab yang menjadikan ringgit rendah namun bursa saham kita tengah naik sekarang ini.

“Jadi itu membina keyakinan orang, bahkan rakyat akan kata ya kita akan bagi peluang kepada kerajaan,” ujar Khairy.

Dalam pada itu beliau juga mengingatkan Anwar bahawa beliau tidak boleh salahkan menteri-menteri lain.

Hal ini katanya, kerana ini adalah tanggungjawab khusus, hakiki seorang Menteri Kewangan dan mereka mahu Perdana Menteri untuk beritahu sesuatu.

“Bila ada krisis matawang sambil tunggu Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) tak bantu kita sekarang tapi pada masa setahun dua akan datang.

“Tapi kena tunjuk apa yang kamu buat- nak mengurus sentimen, persepsi pelabur.

“Perdana Menteri tak patut ‘blame game’ sebaliknya pergi jelaskan kepada penganalisis kewangan antarabangsa situasi sebenar dan pelan Malaysia,” cadang beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat