Kilang kereta perisai akan dibangunkan di Lipis – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebuah kilang kereta perisai akan dibangunkan di Kawasan Perindustrian Padang Tengku Fasa II, Lipis yang dikenal pasti sebagai kawasan untuk dimajukan bagi projek berasaskan industri pertahanan di negeri ini.

Katanya lagi, pihak syarikat, Mildef International Sdn Bhd sedang dalam rundingan bagi memuktamadkan pelaburan.

“Syarikat terbabit dijangka mula melabur apabila pelaburan Fasa 1 dari kilang peluru, Ketech Asia Sdn Bhd beroperasi sepenuhnya di kawasan perindustrian itu.

“Pelaburan bernilai RM150 juta oleh Ketech Asia itu merupakan kilang pembuatan peluru pertama di negara ini.

“Syarikat terbabit berpengalaman dalam menguruskan keperluan peluru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya ketika menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Negeri Padang Tengku, YB Dato’ Mustapa bin Haji Long, berkaitan tahap kemajuan perlaksanaan Lipis sebagai Bandar Pertahanan serta implikasi dan kesan positif kepada Daerah Lipis.

Kata Wan Rosdy lagi, secara umumnya, Kawasan Perindustrian Padang Tengku Fasa II telah dikenalpasti sebagai kawasan yang sesuai untuk dimajukan bagi projek-projek berasaskan industri pertahanan dan pembangunan kilang di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dengan keluasan 100 ekar ini telah mencapai 82 peratus pada 15 Mac 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada suku akhir 2024.

“Sejajar dengan kelulusan projek kilang pembuatan peluru dan kilang kereta perisai ini, semua bentuk pelaburan yang berkaitan pertahanan akan dicadang untuk dilaksanakan dalam kawasan Perindustrian Padang Tengku Fasa II,

‘Pembangunan kawasan perindustrian ini secara langsungnya akan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

“Malah, projek pembangunan ini akan menjadi pemacu kepada penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan untuk penduduk sekitar, potensi pembukaan ruang perniagaan tempatan, peningkatan perbelanjaan pelancongan dan rekreasi Daerah Lipis serta limpahan ekonomi melalui perkhidmatan, perumahan dan utiliti,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat