Mutang Tagal meninggal dunia di IJN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal telah meninggal dunia pada jam 11.46 pagi, Jumaat di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau telah menerima rawatan di sana setibanya di Malaysia pada 6 Mei lalu daripada Azerbaijan untuk lawatan kerja rasmi.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, pengebumian dan majlis penghormatan beliau akan dimaklumkan kemudian.

“Keluarga mendiang mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman takziah serta doa yang diberikan dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka di dalam menghadapi masa yang sukar ini,” menurut kenyataan berkenaan.

Mutang Tagal yang berusia 70 tahun telah dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20 telah mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Februari lalu.

Beliau adalah merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak dan berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990.

Mutang Tagal mempunyai latar belakang pendidikan dan praktis di dalam bidang perundangan dan pemergian beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat