Siasat dakwaan salah guna kuasa Menteri Pelancongan – Mas Ermieyati

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menyiasat dakwaan salah guna kuasa terhadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kerana ia akan menyebabkan industri pelancongan negara terjejas.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sekiranya kerajaan serius dalam menegakkan ketelusan dan tata kelola yang baik maka siasatan perlu dilakukan serta mengeluarkan kenyataan jelas mengenai dakwaan diketengahkan pelbagai pihak.

Kata beliau, pemain industri pelancongan kini bimbang jika tiada siasatan atau kenyataan rasmi dari pihak kerajaan.

“Dakwaan melibatkan tindakan dan tingkah lakunya tidak mencerminkan integriti serta standard etika yang diharapkan daripada seorang menteri, terutamanya di negara seperti Malaysia yang terkenal dengan budaya kerja berbilang kaum dan harmoni.

“Tuduhan terhadap King Sing merisaukan banyak pihak. Bermula dari pelantikan rakan-rakan dan ahli keluarga ke jawatan penting dalam pejabat pelancongan adalah kesan nepotisme dan kronisme, yang kedua-duanya tidak mempunyai tempat dalam kerajaan yang telus dan berasaskan merit.

“Tambahan lagi, pertukaran sewenang-wenangnya pegawai kerajaan tanpa alasan yang munasabah menimbulkan persoalan serius tentang motif di sebalik tindakan tersebut,” katanya di dalam satu kenyataan, pada Jumaat lapor Utusan.

Terdahulu, dilaporkan negara didakwa bakal kehilangan pulangan sebanyak RM140 bilion daripada 35 juta pelancong bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 apabila Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar dipecat.

Ini susulan daripada sebuah notis penamatan pelantikan yang dilihat Utusan Malaysia daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, bertarikh 22 Februari lalu memaparkan khidmat Dr. Ammar ditamatkan berkuat kuasa pada 26 Februari ini.

King Sing melalui notis tersebut berkata, penamatan itu selaras dengan peruntukan subsekyen 10(1) Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 dibaca bersama dengan peruntukan seksyen 47 Akta Tafsiran 1948 dan 1967.

Mas Ermieyati yang juga Ketua Portfolio Pelancongan Seni dan Budaya, Perikatan Nasional (PN) itu berkata, tingkah laku seorang menteri bukan sahaja mencerminkan dirinya sahaja tetapi turut pada kerajaan dan negara secara keseluruhan.

“Rakyat Malaysia berbangga dengan budaya kerja mereka yang pelbagai dan inklusif, tindakan King Sing sangat bertentangan dengan nilai-nilai ini.

“Adalah penting bagi pemimpin kita memimpin melalui teladan dan menegakkan piawaian etika serta tadbir urus tertinggi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat