GTR Burger Memperkenalkan menu baru “Slider”

- Advertisement -

Pada 21 Febuari lepas, GTR Burger telah mengadakan satu sesi santai bersama dengan media dan majlis perasmian kios terbaru bertempat di Mercato TRX, kios terbaru ini terletak di Concourse Level, Plaza The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Majlis ini juga adalah bersempena ulang tahun GTR Burger yang tahun ke 3 pada 20 Febuari, GTR Burger (Generasi Transformasi Ruminan) adalah adalah entiti perniagaan yang mewakili Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad yang mewakili 5000 ahli termasuk penternak ruminan iaitu lembu, kambing, rusa dan lembu tenusu.

Bersempena pembukaan kios terbaru GTR Burger juga melancarkan menu terbaharunya, ‘Sliders’ iaitu burger bersaiz kecil yang lebih mudah untuk dimakan. Terdapat 2 set ‘Slider’ iaitu set 6 burger dan set 12 burger.

Pertugas media telah dihidangkan dengan menu terbaru GTR Burger ‘slider” dan juga Burger Wangyu Japan A5

Hadir pada majlis tersebut adalah pengasas Pengasas GTR Burger, Nordin Mat, Najib Jalil dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azli Saat. Turut dijemput semua peniaga GTR Burger,

Di Majlis tersebut Pengasas GTR Burger Nordin Mat meluahkan rasa penghargaan buat media yang telah banyak membantu GTR Burger sehingga berjaya berdiri kukuh di pasaran industri makanan segera.

Menurut Nordin Mat, sejak kemunculan jenama GTR Burger di dalam pasaran industri makanan segera di negara ini tiga tahun lalu banyak dibantu oleh sahabat media.

“Program santai bersama media hari ini diadakan khusus untuk menghargai petugas media yang telah menyebar luaskan jenama kami dengan amat berkesan sekali.

Selain itu, kita juga meraikan ulang tahun ketiga GTR Burger bertapak di pasaran di negara ini dengan memperkenalkan outlet Merchato di Menara TRX ini yang turut menyediakan GTR Burger dalam senarai menu mereka”, Ujarnya

“Kami di GTR Burger amat berterima kasih kepada rakan-rakan media yang telah menyebarkan maklumat tentang entiti perniagaan kami kepada orang ramai sehingga jenama kami diterima oleh semua peringkat umur dan kaum di negara ini.

“Sebagai jenama gerai jalanan, hari ini kami mencatat satu lagi perkembangan membanggakan apabila kita meletakkan produk GTR Burger di dalam Menara TRX yang terkenal yang turut menjadi ikon bangunan pencakar langit di ibu negara Kuala Lumpur ini.

“Ini juga satu permulaan kepada GTR Burger untuk menyajikan burger jalanan yang sedap kepada pelanggan setia kami melalui banyak lagi jenis premis dan bukan hanya di gerai tepi jalan sahaja”, katanya.

GTR Burger Wangyu Japan A5

“Kita berharap dengan hubungan erat GTR Burger dan agensi media sosial dan media arus perdana, kita boleh sama-sama membantu antara satu sama lain dalam meluaskan lagi pengetahuan masyarakat tentang GTR Burger dan apa yang kami tawarkan,” kata Nordin.

GTR Burger yang bermula pada tahun 2021, kini memiliki lebih 300 buah premis gerai burger jalanan yang menyediakan peluang menerusi pakej unik perniagaannya kepada mereka yang berminat.

untuk maklumat lanjut mengenai GTR Burger boleh lah layari laman web https://gtrburger.my/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat