Zahid minta siasatan rasuah dihentikan, itu benar – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah meminta siasatan kes mahkamah terhadapnya dihentikan.

Kata Dr Mahathir, Zahid datang ke rumahnya selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan ketika itu beliau calon potensi utama Perdana Menteri bagi PH.

“Sebelum saya jadi Perdana Menteri, Zahid datang ke rumah saya bersama dengan dua, tiga orang lagi dan dia cuba nak berbaik-baik dengan saya.

“Pada masa itu ada kemungkinan saya jadi Perdana Menteri sebab itu dia (Zahid) ingin baik dengan saya, tapi saya dah tau masalah Zahid… dia ada kemungkinan akan dimasukkan dalam tahanan…masuk jail kerana perbuatan curang jenayah yang dilakukan.

“Siasatan masih ada, dia nak supaya siasatan ini dihentikan. Itu benar,” akui Pengerusi Pejuang itu dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Aspirasi Johor pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Mahthir juga memaklumkan beliau ada mendengar khabar angin Presiden UMNO itu mencuba sekali lagi menghapuskan kes mahkamahnya apabila partinya berjaya menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Sebenarnya selepas dia kembali berkuasa bersama parti kerajaan saya dengar dia cuba nak hapuskan tindakan (undang-undang) terhadapnya melalui mahkamah. Itu Zahid,” dedah Dr Mahathir lagi.

Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak berhasrat membuat sumpah laknat berhubung dakwaan Zahid meminta bantuannya dalam kes mahkamah dihadapinya ketika ini.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, ia berikutan apa yang dikatakannya sebelum ini adalah benar dan beliau sendiri mempunyai bukti dan saksi.

Minggu lalu, Muhyiddin ketika berucap di Pentas PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh di Felda Tenggaroh 3, berkata Zahid ada ke rumahnya ketika beliau berbincang dengan Presiden PAS, Tan Sri Abd Hadi Awang, dengan membawa satu beg berisi dokumen kes mahkamah.

Beliau dilaporkan berkata, dalam kejadian beberapa hari selepas beliau memegang jawatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid ada meminta tolong daripadanya kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat