“Saya tak ada kroni, tak amal nepotisme” – Tun M jawab Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Kalau saya ada kroni, saya boleh jaga kroni saya tak perlu bagi tekanan kepada Najib untuk tolong jaga,” bidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau sebaliknya mengakui lebih memilih untuk menolong orang yang berkebolehan bersandarkan prestasi kejayaan sebelum itu.

“Saya tak ada kroni tapi saya ada orang yang berkebolehan,” katanya menjawab tuduhan kononnya kerap memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak (ketika menjadi Perdana Menteri) kerana tidak menjaga kroninya.

Mahathir berkata, ketika menjadi Perdana Menteri, beliau mengakui tidak akan menolong orang yang tiada kebolehan.

“Umpamanya kalau kerajaan ada modal RM1 juta dan jika diberi kepada orang yang tiada kebolehan maka, RM1 juta itu akan hilang.

“Sebab itu, apabila kita nak bantu dan nak bagi kontrak kita kena tahu apa mereka boleh atau tidak boleh buat dan ia berasaskan pencapaian mereka.

“Kalau mereka menunjukkan kelebihan maka, kita akan bantu mereka supaya mereka terus berjaya,” katanya dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Aspirasi Johor pada Rabu.

Justeru beliau hanya memberi sokongan pada individu yang boleh memberi kemajuan kepada negara malah, anaknya sendiri pun tidak diberikan sebarang projek ketika menjadi perdana menteri.

Bukan itu saja beliau turut meminta Najib mengemukakan bukti jika benar anaknya menjadi jutawan disebabkannya.

“Tunjukkan bukti saya nak tengok ‘documentary proof’ macam di mahkamah. Ini cuma tuduhan palsu Najib.

“Dia memang cakap bohong, boleh curi duit. Kalau ada nak percaya anak saya dibantu oleh saya, ambil kira tarikh mereka berjaya.

“Sebab saya memang halang. Mereka tak boleh masuk politik, ekonomi semasa saya memerintah,” tegas beliau.

Sebelum ini, Najib menjawab surat kedua Mahathir kepada pengundi Johor dengan mendakwa bahawa Pengerusi Pejuang itu pernah beberapa kali menarik sokongan terhadapnya kerana tidak menjaga kroninya.

Najib juga mendakwa bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu sering memberi tekanan kepadanya untuk memberikan projek kepada kroninya ketika menjadi perdana menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat