KUPTM Kini Berstatus Univerisiti Penuh

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) mencatat sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai universiti penuh.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata KUPTM telah membuat permohonan naik taraf universiti penuh kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan kini dikenali sebagai Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

“KUPTM sebelum itu dikenali sebagai Kolej Poly-Tech MARA, KPTM, yang ditubuhkan pada 1987 yang kemudiannya dinaiktaraf kepada kolej universiti pada Oktober 2015.

“Selepas lima tahun, KUPTM layak untuk memohon untuk kenaikan taraf kepada universiti penuh dan Alhamdulillah kita telah berjaya mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pada 1 Disember 2020 KUPTM membuat permohonan dan kelulusan penubuhan universiti diterima pada 31 Mac 2021 dengan beberapa syarat sebelum pendaftaran taraf universiti penuh.

Jelasnya lagi, pada 21 Februari 2022 KPT telah bersetuju dengan memberi kelonggaran syarat pendaftaran pertama Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta bertaraf universiti.

Mahdzir berkata ini membolehkan nama UPTM digunakan secara rasmi dengan mematuhi syarat utama dalam tempoh 5 tahun beroperasi sebagai universiti.

“Tujuan penubuhan satu lagi universiti di bawah MARA adalah sebagai pelengkap eko sistem pendidikan tinggi MARA yang memfokuskan kepada kebitaraan perniagaan dan perakaunan.

“KUPTM juga aktif dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan inovasi diperingkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Selain itu beliau berkata, sepanjang penubuhan sebagai kolej universiti, KUPTM telah menawarkan 14 program Ijazah Sarjana Muda, 4 Program Sarjana dan 2 program Ijazah Doktor Falsafah.

KUPTM juga katanya, mempunyai 155 orang ketua penyelidik yang telah menghasilkan 111 projek penyelidikan serta menerbitkan 198 artikel ilmiah dalam pelbagai jurnal.

“Dengan penubuhan UPTM, sektor pendidikan tinggi negara diperlihatkan pada landasan betul dan dapat merealisasikan dan mendokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi Pendidikan Tinggi 2015-2025, seterusnya dapat membangunkan modal insan dan melahirkan graduan bertaraf global,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat